LAMB CHOP WITH BUTTER RICE
Assalammualaikum semua.. dan salam ceria..
Hari nie mummy nak share ngan korang masakan western plak.. Kalu yang berkaitan dengan daging kambing nie memang favorite ayah dan Mummy.. x kira lah briyani kambing ker sop gear box kambing ker kambing masak merah (aqiqah) ape2 jer lah...kami x pernah tolak untuk menikmatinya..
X moh bnyk ckp lagi, jom salin resipi..:-
Lamb Chop
Sila Marinate bahan2 dibawah selama 1 jam (kalu lebih lagi baik):-
Lamb shoulder
Mix herb
Serbuk Paprika
Black Paper
Garam sedikit
Minyak Zaitun - untuk membakar
Panaskan pan dan letakkan minyak zaitun.
Bakar daging sehingga garing dan masak..
Sos Black Paper
Bawang putih
Bawang Holland
Sos Lada Hitam
Brown Stock Sos
Mix herb (untuk bauan)
* Kalau nak pedas, tambahkan lagi lada hitam
Mentega
Panaskan periuk, letakkan butter dan bawang putih
Agak kekuningan letakkan bawang holland
Saute bawang agak kekuningan masukkan sos lada hitam, brown stock sos dan mix herb.
Kacau sehingga masak
Butter Rice
Mentega
Beras
Stok ayam (ikut sukatan beras)
garam secukup rasa
Kismis
Cairkan mentega, goreng beras seketika dan masukkan stock ayam serta garam.
Tanak nasi.
Bila nasi dah nak kering, masukkan kismis dan tutup.
Biar sehingga nasi masak
Salad with thousand island
Daun salad (ikut citarasa masing2)
dan
thousand island jenama Lady's Choice
Basuh daun salad
Potong dan gaul bersama thousand island
Dah Siap!!!
Jemput Makan...
Kalu nak makan cengginih, pasang lilin 1 batang tengah2 meja baru feeeel... heheheee..
Romantik gitewww..
Selamat Mencuba..
Okaylah..Sekian dulu..
Nanti mummy akan mengupdate lagi..
Kami Gembira..
Boi2..
Wassalam..