Sunday, February 20, 2011

Dimana Dimana - Mummy Suke lagu nie...

Assalamualaikum semua... salam ceria

Punyerlah lama nak cari tajuk lagu nie sampai dah nak naik feedap tetiba kawan Mummy download dari 4shared... WOOOOOOOO!!! suke WOOOOOOOOO!!

Suke sgt2.. best2...

Jom dengor bersama-sama sambil goyang2 skit jer jgn bnyk2 tau... heheheheee...


Okay lah jumpa lagi..
Boi2..
Kami Gembira
Wassalam..
 

Saturday, February 19, 2011

Waktu bersama bergumbira...

MUMMY DAN AYAH


Pagi ini, 20 Febuari 2011 kami akan menghadiri program GERAK GEMPUR TAMAN SS.

Aktiviti yang dilakukan:
  • Gotong Royong
  • Perasmian Papan Tanda Taman SS
  • Suai kenal sesama kami dan mengeratkan silaturahim
  • Makan dan bnyk lagi..
DANISH DAN HAZIQ

Kami jugak sama2 menyibok menyertai Mummy dan ayah dalam program GERAK GEMPUR TAMAN SS.

Aktiviti yang dilakukan:
  •  Pertandingan mewarna
  • Bermain2 Gotong royong  bersama kawan2 kami
  • Makan2 dan bnyk lagi..
Gambar akan menyusul nanti...

"APA YANG PENTING?? KERJASAMA"
"KAMI GEMBIRA"

Sekian dulu.
Boi2
Kami Gembira
Wassalam..


Thursday, February 17, 2011

Happy Buffday Haziq Mummy..

Assalammualaikum semua.. salam ceria..

17 Febuari 2011 adalah hari jadi Haziq yang ke 4 tahun...
Kami x celebrate sebab ayah kena gie outstation..
Nanti ayah balik kita celebrate sesama kay!
Sayang anak Mummy Ultraman Tiga nie..


Mummy: Haziq nak hadiah ape?
Haziq: Ultraman
Mummy: Nak kek ape?
Haziq: Ultraman

Mummy: Nak sekolah mane?
Haziq: Ultraman
Mummy: Bila besor nak jadi ape?
Haziq: Ultraman

Mummy, Ayah dan Abang Danish sentiasa mendoakan Haziq sentiasa:-

  1. Seorang anak yang soleh yang taat kepada perintah agama serta boleh menjaga keluarga.
  2. Seorang anak yang baik berguna didunia dan akhirat.
  3. Seorang anak yang bijak pandai cerdik cemerlang gemilang terbilang
  4. Seorang Ultraman bila besar nanti..x kisah lar.. janji anak yang berguna.. hehehe.. tapi kalu bleh jadi lar doktor ker cikgu ker arkitek ker.. hehehee.. demanding betul lar Mummy nie.. hehehee
  5. Seorang yang cekal dalam menghadapi segala masalah 
  6. Panjang umur, sihat tubuh badan serta sentiasa ceria.
Dikesempatan ini, Mummy, Ayah dan abang Danish ingin memohan kemaafan kepada Adik Haziq kalau kami ada silap dan salah. Percayalah, Kami Semua sayang Adik Haziq!!

Sekian dulu...
Kami Gembira..
Wassalam..




Wednesday, February 16, 2011

Taman Herba... Muor.. Enjoy!!

Assalamualaikum semua.. salam ceria

Disebabkan Mummy nie suka sgt makan ulam-ulaman, tetiba lak terasa nak ke Taman Herba Muar Johor.
Memang lar Mummy nie org Johor tapi nak ke Muar semata memang kena 2 3 kali pikir lar...
Jadi masa balik Melaka ari tu kami pun singgah ler ke TAMAN HERBA.

Senang jer, gunakan highway PLUS dari arah Kuala Lumpur susur keluar ke Pagoh Muar...
Belok kiri jalan terus x jauh tu dah jumpa ...

TAMAN HERBA

 Dari Hadapan pintu masuk

 
Nice View
Tenang dan Nyaman

 Nie lar tempat yang Mummy nak pergi
Yummy..yummy..yummy..

 Ada plug JJCM lagi!!
Waaaaaa... Hebat...

Jom Masuk dalam Restoran Herba

Di pintu masuk Restoran Herba
Mummy dan Bonda dok khusyuk tengok pokok2 dari pelbagai spesis..
Seronok!!

Sebelum masuk
Kena buka kasut tau
Buka jer pintu wow! mcm bau kat sauna..
wangi...

 Haziq excited!!

 Kat sini pun ader jual Jamu dan Makanan kesihatan

Haziq Model Jamu ... CHEWAH!!


 Selamat Datang ke Restoran Herba Nasuha...
BEST!!

Menu dah sampai...

 Apalagi... order lar..

 Mummy dan Bonda tanya dengan detail pasal menu
 sebab semuanya berasaskan daun2 herba
takut kang tersalah pilih jadi lain kang... heheheee..

 Sementara menunggu makanan sampai.. apalagi 
AKSI MENGGEDIZZZZQQQQ...
HAHAHAHAHAAAA...

 Ayah, Bonda, Danish dan Haziq
 KAMI GEMBIRA!!

 Ehem! Mummy posing kat sini...
Nice decoration!!

 Posing lagi.. tapi
Tahukah Anda sebenarnyer tempat yang Mummy posing nie kat depan Toilet...
 heheheeee...

 Danish dan Haziq...
Diaorang enjoy!

 Dah namanyer boy's club..
 Bergasak lar ape lagi...

Makanan Dah sampai...
Jom Tinjau apa yang kami makan...
Dessert - Jeli Kelapa dan Puding Jagung
Request by Haziq sebab dia x nak makan..

Sebelum tu Haziq dah makan Ayam drumstick

Sup Herba.. sodap..
 8/10
 
Nasi Beriani Muor Herba daging kambing
Ayah punyer!
8/10

Chicken Chop with Black Paper sause ala2 versi Melayu
Danish Punyer!
7/10
Pedas untuk kanak2

Dihidang panas2


Mee Bandung Muo Herba
Bonda Punyer!
9/10
Cukup rasa kuah dan udang kering
Memang famous kat sini

Mee goreng Herba
Mummy Punyer!
8/10

Kami juga dihidangkan bersama Minuman Herba..
Panas dan teringat masa berpantang dulu
kena minum air ubat periok
perrrrggghhhh!!!
Mummy dan Bonda Suke!!

Dah selesai makan kami menyusul pulang..
Sebelum tuuuu..

Lihat2 apa yang boleh dibuat ole2 untuk dibawa pulang

 Mummy tengok tuuuu...

 Bonda tunjuk2 pokok ape yang ada kat sini
sambil cerita kat mummy masa zaman bonda kecik2 dulu


 Masa untuk berangkat pulang...
Hati2 Bonda.. sambil memimpin tangan bonda...

Kami Gembira!!


Okaylah... jumpa lagi di next post
Jangan lupa singgah kat Taman herba ni..
Lupa nak bagi tau, kat sini ader disediakan shuttle untuk bawa sekeliling kebun herba.
Masa Mummy pergi waktu hujan, jadi pihak pengurusan tidak galakkan... bleh round2 kat kawsan situ jer..

Sekian dulu.
Boi-boi
Kami Gembira!
Wassalam...





Tuesday, February 15, 2011

Masak Tumis Air Lady Fingers

Assalamualaikum semua... dan salam ceria...

Tang tang ting bunyi periouk... Tuk tuk tuk ...hari ni Mummy nak share ngan korang cara  masak Tumis air lady fingers dlm bahasa melayunyer Kacang Bendi...

Tahukah Anda?? eh eh eh eh wat gimik plak...
Sayur kacang bendi nie banyak khasiatnya...
Kiranyer Bendi nie Favorite Mummy ... kalau tapau lauk kat kedai ade jer bendi goreng, itu yang Mummy terpa dulu ...
Ada orang x suka makan contohnyer AYAH lar! bila ditanya kenapa x nak makan, dia cakap berlendir...
Tapi bila Mummy politikkan sayur bendi nie, skang ayah nak makan...itu pun buat2 syarat jer hehehehee.... luv you lar larling!!
Anak2 alhamdulillah semua kena paksa makan sayur... walaupun hakikatnyer terkebil2 nak menghabiskan... heheheee.. MUMMY nie GARANG tau!!

Sebelum tu jom baca Khasiat Lady Fingers nie dulo..

Bendi merupakan sejenis buah yang dimakan sebagai sayuran yang banyak ditanam di negara-negara ASEAN yang beriklim panas lembap. Bendi banyak terjual di pasar-pasar termasuk pasar tani, dan pasar sayur. Ia berasal dari sebuah tempat yang kini termasuk dalam Habsyah. Sebelum ini, bendi dikelaskan dalam genus Hibiscus, tapi kini telah ditukar kepada Abelmoschus.

Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, bendi mengandungi sebanyak 2 peratus protein, 7 peratus karbohidrat dan 1 peratus serat. Selain itu, bendi juga kaya dengan zat galian dan juga vitamin terutamanya kalsium. Bendi juga dikatakan elok untuk perkembangan otak. Dalam bidang perubatan traditional, bendi digunakan sebagai perangsang membuang air kecil, merawat gonorea, sifilis serta bengkak saluran kerongkong dan hidung.

Dah habis baca??
Jom ssskodeng!
Haaaaaaaaaa... nie lar grhupe...

Masak Tumis Air Lady's Finger


Dah puas tengok... let's go bebe..
Jom blaja masak..

Mula2 sediakan

Bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
kalu nak pakai bawang besar pun bleh..

 Masukkan minyak dan tunggu sehingga panas

Dah panas, masukkan bahan2 tadi dan tumis sehingga kuning keemasan.
Jangan sampai hangus tau!

Pastukan dah kekuningan masukkan air
Ikut citarasa.. nak kuah bnyk letak air bnyk

Tunggu sampai merenih

 Sediakan kacang bendi dan basuh
Jangan potong dulu.
Untuk mengelakkan berlendir

Kuah dah mendidih.
Potong sayur bendi dan masukkan ke dalam kuah
Agak2 dah masak tutup.

Taaaaaaaaaaaaarrraaaaaaaaaaaaaaaaa....
Dah siap
Hidangan yang simple..

Masak Tumis Air Lady Fingers




Selamat menjamu selera..

Okay lah, sampai disini dulu..
Selamat mencuba
Boi-boi
Kami Gembira
Wassalam...


Monday, February 14, 2011

100 Bloggers Diperlukan

Assalamualaikum semua... salam ceria

Hari nie kan cuti jadi apa lagi Blogwalking dan mengucapkan salam maulidur rasul serta  membuka video2 selawat yg telah diupdate oleh blogger2...
Sambil2 tuuuu...tengah2 Mummy dok belek kotak shoutbox tu ader seorang jejaka bernama Yiedpozi... mcm tertarik dengan tajuk postnyer iaitu 100 Bloggers Diperlukan jadi, tanpa membuang masa lagi... Mummy nak Jooooiiiinnnntttt!!!
X tau lah... sempat ke tidak nie.. ke x dapat... wwwuuuuaaaahhhhhhaaaaa....
Harap2 encik Yiedpozi sudi meletakkan blog Mummy sebagai bloglist beliau...
Mummy pun dah pasang widget Yiedpozi kat sebelah kiri... 


Jom pakat ramai2 joint YIEDPOZI BLOGWALKING WIDGET dengan klik DISINI !!!

Dengan semangatnyer!!
Sekian terima kasih
Kami Gembira
Boi2
Wassalam..



Salam Maulidur Rasul

Assalammualaikum Semua dan salam Ceria...

Mummy sekeluarga ingin mengucapkan salam Maulidur Rasul kepada semua kawan2..
Marilah kita bersama2 Bersalawat khas buat Junjungan Rasulullah.... Nabi Muhammad S.A.W



Mummy menjadi tersentuh apabila melihat video dibawah ni...
Betapa besarnya pengorbanan Rasulullah dalam menegakkan syiar islam pada ketika itu...
Rasulullahlah contoh terbaik dan tiada tolok bandingnya....
Marilah kita hayati bersama...



Semoga hidup kita sentiasa di Rahmati Allah... Amin..
Selamat Bercuti..

Sekian dulu
Wassalam...

Sunday, February 13, 2011

Hari Mummy... Momma... Best!!


Assalammualikum dan salam ceria..

Kami x sambut Valentine's Day!!! 
Tapi kami menyambut Hari Mummy dan Momma dengan:-

  1. Menghantar anak2 kami ke rumah Bonda cum My Lovely sista - Cik Kak Novelis. Minta tolong bibik Naya dan Bonda tengokkan anak2 kami... hehehee...
  2. Pastikan Ayah dan Pak Habibi keluar mencari rezeki... samada memang kerja atau kerja overtime... hehehee...
  3. Sogok @ Umpan anak2 kami dengan ais krim 1 peti ais... 
  4. Mummy dan Momma dress up and down...
  5. Buat muka sengal2, poyo2, dan perasan lawa... hehehe
Dah settle pekara yang diatas... apa lagi masuk bab ke dua.

  1. Start enjin kete.. jalan... eh eh eh gie mane yerk???
  2. Momma dan Mummy mendecide.... oooooo.... Bukit Indah Mall...
  3. Dalam kepala ---->>> Shopping - Momma ---->>> Window Shopping - Mummy
  4. Shopping and window shopping begin!!
  5. Jalan2 Shopping2 Window shopping2 bual2 ketawa2 kamigembira2 
  6. Jalan2 Shopping2 Window shopping2 bual2 ketawa2 kamigembira2 
  7. Jalan2 Shopping2 Window shopping2 bual2 ketawa2 kamigembira2 
  8. Total 4 tingkat 
  9. Laporrrrr....!!!
  10. Nak makan!! kat ne??
Yeah! Yeah! sila tinjau ke gambo poyo kami!!

Pening2 dok nak plan nak makan mana... tetiba...



STONE GRILL!! 


Makan berdua...
Hari Mummy dan Momma
Hari membosarkan badan...

Mummy ngan cepit-cepit ayam daging.. cip..cip..cip..

 Momma ngan cepit-cepit meretip...

Momma merenung berserta menye-spa-kan muka kat batu panas tu...

Mummy kuat makan.!! sudah semestinyer!!

Apa sebenarnyer yang kami makan??
Jom Jeling sampai juling...



Kami order untuk membosarkan badan kami..

Minuman 
Ice Lemon Tea - Momma
Lime Juice with asam - Mummy


Ayam, Daging lembu dan Daging Kambing ...
Marinate with all spices.. simple tapi marvelllouuusss!!
Side dish
Friend Rice - sedap mcm nasi goreng cina
Mashed Patato - Home Made

Cepit daging dan letak kat batu panas tuu...


Pastu main bakar2 kat atas batu panas tu sehingga daging masak..
Fuuuuhhhh memang x sabo masa nie nak makan...
Lapoooooooorrrrr...

Makan bersama Black Pepper sauce 

errrrmmmm terangkat!!

Dah Masak...Masa untuk makan...




Betapa lapornyer kami... 

Licin...

Selesai..

Dan yang paling penting!!!
The most important person dalam bab bayar membayor nie...

TQ Momma sebab blanja Mummy..
Mudah2an Momma dilimpah rezeki, sihat tubuh badan dan awet muda.. mcm Mummy...
heheheee..
I LOVE MY SISTA SO MUCH!!! MUAH2...

Dah Shopping??
Dah Makan??

Inilah hasilnyer...

haaaaiiiitttt cik kak novelis bershopping sakan..
Penuh trolley.. huuuhhhh...

Mummy tetap maintain slim walaupun kuat makan!!

Momma gembira ...

Mummy lagi gembira... 

Both of us love Hari Mummy dan Momma
Kami Gembira...


Selesai merayap... kami pun balik...
Ayah dan Pak Habibi  pun turut bersedih bergembira walaupun x dapat joint kami...heheheee...
Anak2 lagi gembira sebab Bonda dan Bibik Naya melayan mereka dengan penuh kasih sayang dalam erti kata lain --->> Bibik Naya kena BULI!!! issshhh x baik tau...

Nak tahu lebih lanjut pasal entry nie.. sila ke 
--> http://cuticutishahriahnovelis.blogspot.com
--> http://shashasuka.blogspot.com
Cik kak Novelis kita pun ader update..

Sekian dulu buat masa nie..
Nanti Mummy update lagi kay...
Boi-Boi
Kami Gembira..
Wassalam



Trafic Jam.. PpppRReeetttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...