Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

Tuesday, March 29, 2011

10 Tips Ber Make-up dan menjaga Kecantikan

Assalamualaikum semua...dan salam ceria

Alhamdulillah jumpa lg kali ini. Nie Mummy nak tnye, Sape yang x suke cantek?? Semuanya suka kepada kecantikan... terutamanya wanita. Bukan ape, ari nie mummy nak share ngan korang pasal tips2 bermake-up dan kecantikan. Amat mudah untuk mengamalkannya. Kena rajin jer.
Kalu ader kesempatan nanti Mummy ajar cara2 nak make yang simple dan semua bleh buat. Buat kelas tutorial lar konon2nye. 

Diantara Petua yang Mummy rajin amalkan adalah:-

  1. Selapas bangun tidur setiap pagi, Mummy akan minum segelas air masak @ air suam dengan membaca selawat. Mummy akan minum sebelum gosok gigi. Ini baik untuk kesegaran tubuh di permulaan hari. Dan amalkan minum air masak 2 liter sehari jgn kurang biar lebih..
  2. Sebelum nak bermake-up, mummy akan menyapukan ais pada seluruh wajah untuk mengecilkan saiz pori2 pd kulit untuk tempoh sementara sahje. Kalu xde ais bleh tukarkan dengan air sejuk. Biasanya Mummy amalkan letak ais kat muka jika ade function2 beso saje... setakat nak gie keje cuma pakai penyegar, Pelembab muka dan makeup base.
  3. Pastikan peralatan solekkan seperti berus dan span sentiasa berada dalam keadaan yang bersih bagi mengelakkan tempekan kuman dan bakteria. Mummy memang kena pastikan betul2 bersih sebab muka Mummy amat sensitif jika tersilap sikit keluarlah jerawat2 besor2!! X CUKE!!
  4. Kalu nak bermakeup, elakkan dari menyapu solekan terlalu tebal kerana ia hanya merengsakan kulit. Pakailah concealer makeup untuk menutupi noda2 atau bintik2 hitam. Jangan lupa untuk membersihkan makeup menggunakan makeup remover atau penyegar muka. Kalau mummy suka gunakan wet tisu yang anti bacteria. Senang dan mudah digunakan.
  5. Apabila menyapu pemerah pipi jenis krim, sila gunakan jari bagi merataka kedua2 belah pipi dan hasilnya akan kelihatan solekan yang segar dan semulajadi.
  6. Nak lagi berkesan, Cubit kedua2 belah pipi dan sapukan warna pemerah pipi dengan kesan cubitan tadi. Pipi akan kelihatan merah semulajadi.
  7. Dalam mengenakan pakaian ke Pejabat, pilihlah warna yang terang seperti kuning atau pink untuk menyuntik semangat dan membuatkan kita ceria!!
  8. Pilih warna2 terang atau berkilau untuk solekan dibahagian mata bagi memastikan perhatian diberi pada wajah kita. Tapi jgn plak terover makeup dah rupa hape kang!!
  9. Kalau nak gincu atau lipstick tahan lama, sapukan concealer jenis krim pada bibir terlebih dahulu. Tekapkan dengan tisu lembut sebelum menyapunya dengan gincu. Kalau ader consealer bleh pakai bedak compact jugak tapi hasilnya kurang menarik.
  10. Lastly, kena sentiasa senyum! Senyum itu satu sedekah... Ingat! Sentiasa senyum... bila Senyum sebut SENYUM TEEEEEEGAAAAAAAAA!!

Haaaa nie ler ghrupe Mummy pada UMUR 50 tahu...
Waduh!! Tetap berkedut2.. Waaaagggghhrrrrr!!
Tapi bila dibelek2 tetap cun aper!! hehehehe perasan...


Okaylah.. sekian dulu..
Kalu ade tips2 lain mummy akan share lagi kay...
Nanti jumpa dilain post..
Take Care!
Bobbai..
KAMI GEMBIRA!!
Wassalam..

Monday, February 14, 2011

100 Bloggers Diperlukan

Assalamualaikum semua... salam ceria

Hari nie kan cuti jadi apa lagi Blogwalking dan mengucapkan salam maulidur rasul serta  membuka video2 selawat yg telah diupdate oleh blogger2...
Sambil2 tuuuu...tengah2 Mummy dok belek kotak shoutbox tu ader seorang jejaka bernama Yiedpozi... mcm tertarik dengan tajuk postnyer iaitu 100 Bloggers Diperlukan jadi, tanpa membuang masa lagi... Mummy nak Jooooiiiinnnntttt!!!
X tau lah... sempat ke tidak nie.. ke x dapat... wwwuuuuaaaahhhhhhaaaaa....
Harap2 encik Yiedpozi sudi meletakkan blog Mummy sebagai bloglist beliau...
Mummy pun dah pasang widget Yiedpozi kat sebelah kiri... 


Jom pakat ramai2 joint YIEDPOZI BLOGWALKING WIDGET dengan klik DISINI !!!

Dengan semangatnyer!!
Sekian terima kasih
Kami Gembira
Boi2
Wassalam..



Sunday, January 23, 2011

SENYUM... Kami Gembira..

Assalammualaikum semua...

Senyum... Gembira... ketawa.. riang... kami gembira! Chewah!
Itulah kesukaan Mummy... Biar digelar kerang bucuk atau minah sengeh tapi Mummy tetap suka senyum... Awetzz mude lar katakan...walaupun x nampak mude...hehehee
Cuma kalu mummy marah tu xkan nak senyum plak.. masam kejap jer pastu mummy senyum balik... Pendek kata senyum memang satu kemestian..

Alhamdulillah...rupanyer orang yang suke senyum nie x rugi walau sesen pun... untung berjuta adalah!!  Senyum nie banyak tau khasiat dan nikmatnyer..
Apa tak nyer.. Muka muda, Badan sihat, minda cergas dan semua yang baik2lah.. Dapat pahala lagi! Siapa x nak??

Syukur kepada Allah sebab dikurniakan suami dan anak2 yang suka senyum jugak... 

Jom kita baca apa yang best naaa SENYUM nie..

1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senaman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda, tetapi memberi kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi), ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Jadi Kami Gembira! Chewah!

4. Senyum bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi; menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100x dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400x sehari berbanding 15x sehari kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masaalah kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua 'sterss' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kejadian diatas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah di ambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotranmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan adrenaline'.

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T, (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan, atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik .Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedng marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

12. Pujangga menyebut; "Seyuman itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya" dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan mempertahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Oleh itu kawan2 semua... mulakan hari anda dengan senyuman...
Senyum itu sedekah...
Senyum itu penawar...
Senyum itu kesihatan...
Mummy suka senyum...


Ingat, jgan lupa senyum tau..
Sekian dulu..
Wassalam..
Kami Gembira..
Muaaahhhhzzz...

Wednesday, January 19, 2011

Kawan + Kawan Baik = Sahabat Yang Baik

Assalammualaikum semua...


Apa khabar kwn2 Mummy semua? Mudah2an sihat sejahtera dan dirahmati Allah...

Post kali nie mummy nak cite pasal sahabat, kawan baik dan kawan.. 
Tengah lah dok duduk kat umah my sis nie... sekali ternampak lah buku my nephew.. buku rujukan Agama Islam tingkatan 3 (PMR) mengenai Adab Berkawan... hehehee..  jadi tetiba jer teringat kat sahabat Mummy yang masa sekolah, kerja dan yang sekarang nie..
Alhamdulilah... Mummy beruntung mempunyai sahabat yang baik dan helpful. Sahabat blogger pun same best..
Nie Mummy nak berkongsi sedikit ilmu yang boleh dimanafaatkan... Bagaimana menjadi Sahabat yang terhebat!

Terimalah....

CIRI-CIRI SAHABAT YANG BAIK

  •          Taat kepada perintah Allah
  •          Baik budi pekerti dan bersopan santun
  •          Sentiasa mengamalkan sifat mahmudah (terpuji)
  •          Berilmu pengetahuan dan beramal dengan ilmunya
  •          Tidak mendedahkan keburukan kawan
  •          Berlapang dada menerima teguran atau nasihat kawan
  •          Sentiasa mendorong orang lain melakukan kebaikan


CARA BERADAB DENGAN KAWAN
 
  •   Sentiasa memberi salam dan mendoakan kebaikan ketika bertemu dan   berpisah
  •   Menghindari perbuatan atau percakapan yang menyakiti hati
  •   Saling nasihat menasihati ke arah kebaikan
  •   Jujur dan Ikhlas dalam persahabatan
  •   Sentiasa bersangka baik dengan kawan

KELEBIHAN BERKAWAN DENGAN ORANG BAIK

  •          Mendorong  melakukan perkara kebaikan
  •         Dapat mencontohi kebaikannya
  •         Dapat mencegah diri dari melakukan perbuatan mungkar
  •         Mendidik jiwa menjadi baik dan taat kepada Allah

Dah Baca?? Mudah2an kita menjadi Sahabat yang terhebat dan sentiasa diredhai oleh Allah...

Asyik baca jer, Mummy macam nak masukkan gambo terbaru sahabat2 Mummy seopis lar... Nak show kat korang bertapa gedizzz sopannya kami... hehehehee... Jom tgk... Nak letak gambo sesekolah dulu... x sempat2 nak menyecan... nanti lar.. insyaAllah..

Dari kiri: Lin, Amelia, Wahidah, Nurul, Sabiha, Ekin, Mummy and K.Ain
Kalu korang pening nak cari yang mana satu, korang agak2, teka2 and hetam jer beb!


 Ada mambang!! Mana??? Kat sana!!! Waaaaaaahhhhhhh....



Happy!!! Kami Gembira!!


Sekian dulu...
Nanti kita jumpa lagi yerk..
Buat Baik Berpada-pada
Buat Jahat Jangan Sekali, 2 kali pun jangan, 3 kali lagi x bleh!

Kami Gembira!! Chewah!
See You..
Wassalam...

Thursday, December 23, 2010

Antara 7 perkara selalu di amalkan oleh Rasulullah SAW - JOM AMALKAN!

 Assalamualaikum semua..

Seeeennyyyuuummm... Senyum...Senyum...
Ari nie Mummy nak share ngan kawan2 pasal amalan yang di amalkan oleh Rasulullah SAW... Jom Baca... Kita renung2kan bersama...

1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH
Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi. “Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman”(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul : “Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)”(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : “Jangan Marah”diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta ‘awwudz, karena marah itu dari Syaithan
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Wallahualam.
 
Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah.

 
Sekian dulu...
Selamat beramal..
Kami Gembira...




 

Saturday, November 20, 2010

Ubah + kreatif = Pening.... Tolong Ajar Sayer...

Askum semua...

Mummy tgh mengubah blog nie... jadi mengambil masa skit... almaklum lar..
kami budak baru belajar..

Sape kwn2 blogger yg bleh tunjuk ajar.. sila lar post link kat shout box tu ekk...

nie tgh nak mengcreate header kekononnyer nak ubah ler mengikut citarasa semasa... mcm lagu yuna "gadis semasa"...

okay lar.. nanti update post lagi...
bnyk nak upload gambar nie..

adussshhh.. macam x terkejar jer... hehehehee...

"Berusaha pasti Berjaya!! "
"kalu X tau.. silalah bertanya.. Jgn bodoh sombong"
"Yakin Allah sentiasa bersama kita"
Amin...

jumpa lagi... wassalam...

Pulut kuning yang telah diubah suai oleh my lovely sister SHAHRIAH ABDULLAH NOVELIST... tq so much... Unik & errrmmm sedap...!!! 




Friday, November 12, 2010

Jom ajak anak Tidur...


 Assalamualaikum Semua...

Kami Gembira... Skarang nie Mummy nak kongsi petua kepada semua para-para para ibu dan bapa cara bagaimana nak ajak anak2 tidur.. sebab anak-anak yang tidak memperoleh tidur yang mencukupi lebih cenderung menjadi terlalu letih sepanjang hari dan kerap mengantuk. Dalam sesetengah kes, mereka juga kerap menukar lokasi tidur pada waktu malam atau mempunyai lebih banyak masalah tidur.

Pastikan Anak Memperoleh Tidur Yang Mencukupi
Setiap bayi memerlukan 14 hingga 15 jam untuk tidur pada setiap hari. Kanak-kanak pula memerlukan tidur selama 12 hingga 14 jam sehari manakala pelajar pra-sekolah memerlukan 11 hingga 13 jam sehari bagi membolehkan tubuh mereka berfungsi dengan baik.

Tidurkan Waktu Dia Mengantuk
Sebaik-baiknya rutin tidur bayi anda patut bertahan selama 30 hingga 60 minit bagi setiap kali tidur manakala bagi kanak-kanak yang sudah memasuki alam persekolahan pula, rutinnya adalah di antara 20 hingga 30 minit.

 Cahaya Mentari Sebagai Loceng
Cahaya mentari memainkan peranan yang penting untuk membetulkan pola harian tidur si anak. Pendedahan anak kepada sinar matahari sebaik sahaja dia terjaga dari tidur boleh memberinya petanda natural bahawa hari sudah siang.

 Persekitaran Tidur Selesa
Ini bermakna persekitaran tidur yang baik adalah dingin, gelap, senyap dan selesa. Pastikan juga si kecil tidur di atas tilam yang selesa dan memakai baju tidur yang tidak menganggunya sepanjang waktu tidur.

Persekitaran Yang Selamat
Periksa bilik tidur anak terlebih dahulu dan pastikan bilik tidurnya bebas daripada barangan yang bersepah sehingga menganggu keselesaan untuk tidur.

Ajar Anak Cara Tidurkan Dirinya
Teruskan mendidik anak tentang kepentingan mempunyai rutin tidur yang menenangkan. Berikan juga tumpuan kepada kesan berkaitan tidur yang mungkin mempengaruhi tabiat tidur anak anda. Galakkan anak belajar menenangkan diri sekiranya terjaga pada waktu tengah malam. Kira-kira satu pertiga daripada kanak-kanak yang sudah bersekolah masih memerlukan bantuan ibu bapa untuk kembali kepada tidur setelah terjaga.

 Ada cara lain... macam nie haaa...


Sebelum tido.. amik gambo... buat2 peace pastu baca doa tido... pastu.. tutup lampu.. pastu.. 
shyyyy... tido...

tapi plak jangan jadi macam nie....
sila scroll ke bawah...

suspen nie...
gempak giler...
hehehehe...
tarrrraaaaaa.... taaadddaaaa....

haaaa.. amik ko... penat... balik dari kursus.. sampai kengkawan amik gambo pun x perasan... nie kes letak kepala trus tido siap ngan dengkor lagi.. jangan kata anak2 x cukup tido letih...mak bapak pun letih gak!! hehehehee...

Sekian dulu... selamat berkongsi.. 
kong..xi..kong..xi... 
Kami Gembira!!
Jumpa next post...
Wasallam..

Saturday, October 30, 2010

SABAR = SABARUDIN

Assalamualikum semua..

Sempena Nama ayah Sabarudin (maksudnya tergolong dari orang2 yang penyabar) jadi mummy bagilah sedikit petua bagaimana untuk menjadi orang yang penyabar..
Bukan petua bagaimana nak mendapatkan SABARUDIN ekk... kang x pasal2 terbang periuk belanga kat dapur tuh.. hehehehee... sabar..sabar..
Bukan mudah nak jadi orang yang penyabar nie.. yang nama SABARUDIN nie pun kadang2 x penyabar apatah lagi nama kita yang bukan SABARUDIN ... hehehehe..
Untuk tidak membuang masa... sila lah baca entry dibawah ini:-

Petua Untuk Mempunyai Sifat SABAR dipetik dari Pak Ngah - Farid Ismeth Emir

1. Jangan fikir kita mengetahui benar apa yang terbaik untuk orang lain.

2. Terimalah hakikat sementara kita boleh terus cuba memujuk, tetapi akan menimbulkan kesusahan untuk mengharapkan mereka melakukan apa yang kita hendakkan. Ini tentunya mencetuskan ketidaksabaran ke atas kedua-dua pihak.

3.Jangan memikirkan bahawa kerana terdapat mereka yang tidak bersetuju dengan kita, mereka bersifat tidak wajar terhadap kita.

4.Terimalah hakikat bahawa manusia berhak kepada pandangan yang dikemukakan. Kita mengharapkan mereka membenarkan diri kita mendapat hak yang sama itu.

5  Bersimpati terhadap orang lain akan membantu kita bersifat lebih sabar.

6. Terimalah hakikat kadangkala diri kita yang baik ini pun boleh mengalami sifat berubah-ubah atau tidak menentu. Hadapilah dengan tenang dan cubalah kawal sifat berubah-rubah diri kita.

Mengawal anak-anak memang memerlukan sifat yang penyabar...
Ayah memang seorang yang penyabar dalam melayani keranah anak2..
Mummy.. sentiasa x sampai hati..
Semoga Allah memberkati hidup kami sekeluarga.. Amin...

 Ayah dan anak-anak..

  Haziq..Haziq.. hehehee.. comey..

Danish hug ayah... Haziq freedom..


 Mummy with Haziq...


Bersama Hero2 yang Mummy sayang..


Ada petua lagi... Kalau kita tengah marah.. buatlah secawan kopi panas dan hiruplah perlahan-lahan.
Nikmatilah secawan kopi dengan penuh nikmat...InsyaAllah marah kita itu tadi akan reda... Selamat Mencuba..


Muah..muah..
Kami Gembira..
Wasallam...

RAHSIA PERSONALITI WARNA MELALUI TARIKH LAHIR


Assalammualaikum Semua...
Jom tengok yang mana pilihan warna mengikut tarikh lahir...

Sebenarnya banyak rahsia boleh diungkapkan hanya dengan mengetahui tarikh lahir seseorang itu. Okay..kali ini selidik pula personaliti seseorang itu berdasarkan warna yang mewakili tarikh lahir. Malah sikap diri sendiri pun boleh kamu kenali dengan mudahkan? Jadi, sekiranya tarikh lahir kamu jatuh pada 24hb Februari, bermakna kamu mewakili warna kuning. Setelah kenal pasti warna kamu, bolehlah kamu  melihat keperibadian diri kamu menerusi warna tersebut.

23 hingga 1hb Disember - Merah
2 hingga 11hb Januari - Oren
12 hingga 24hb Januari - Kuning
25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
4 hingga 8hb Februari - Biru
9 hingga 18hb Februari - Hijau
19 hingga 28hb Februari - Perang
1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
11 hingga 20hb Mac - Lime
21hb Mac - Hitam
22 hingga 31hb Mac - Ungu
1 hingga 10hb April - Biru
11 hingga 20hb April - Perak
21 hingga 30hb April - Putih
2 hingga 14hb Mei - Biru
15 hingga24hb Mei - Emas
25 hingga 3hb Jun - Krim
4 hingga13hb Jun - Kelabu
14 hingga 23hb Jun - Maroon
24hb Jun - Kelabu
25 hingga 4hb Julai - Merah
5 hingga 14hb Julai - Oren
15 hingga 25hb Julai - Kuning
26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
5 hingga 13hb Ogos - Biru
14 hingga 23hb Ogos - Hijau
24hb Ogos 2hb September - Perang
3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
13 hingga 22hb September - Lime
23hb September - Olive
24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
4 hingga 13 Oktober - Biru
14 hingga 23hb Oktober - Perak
24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
12 hingga 21hb November - Emas
22hb November hingga 1hb Disember - Krim
2 hingga 11hb Disember - Kelabu
12 hingga 21hb Disember - Maroon
22hb Disember - Teal Merah


MERAH

Selalunya mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa ceria dan gembira namun kadangkala dilanda 'angin satu badan'! Teman/kekasih yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.

Krim

Ha! Kamu ini seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan 'kehilangan' sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100% dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan masa yang lama untuk melafazkan sayang!

TEAL (Warna Kayu)

Bukan main lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun, sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.

Merah Jambu

Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan keindahan semata.

Hijau

Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!

Emas

Kamu seorang yang tahu apa yang kamu lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang seterusnya dalam tempoh yang lama.

Kuning

Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan. Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu. Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia. Alahai!

Maroon

Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini, kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu. Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam perhubungan!

Oren

Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai. Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta. Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!

Ungu

Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu. Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka.

Warna buah limau (Lime)

Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi! Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?


Perak

Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka bersikap 'hard to get' untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.

Hitam

Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!


Warna buah Zaiton (Olive)

Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi 'favourite' di kalangan mereka. Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!

Perang

Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang. Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia.
Mungkin 'rezeki' kamu untuk memilikinya nanti?

Kelabu

Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.

Biru

Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu. Itu adalah sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus bersikap lebih serius dan ikhlas.

Biru Laut

Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain. Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan kesilapan!

Putih

Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!

Biru Kehijauan (Aqua)

Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya. Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam bercinta...! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan diri!

tapiiiiiiiiiiiii Mummy suka warna.......










P.I.N.K

Sekian dulu..
Jumpa next entry kay..
Kami gembira..
Muah..muah..
Wasallam..

Trafic Jam.. PpppRReeetttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...