Alhamdulillah jumpa lg kali ini. Nie Mummy nak tnye, Sape yang x suke cantek?? Semuanya suka kepada kecantikan... terutamanya wanita. Bukan ape, ari nie mummy nak share ngan korang pasal tips2 bermake-up dan kecantikan. Amat mudah untuk mengamalkannya. Kena rajin jer.
Kalu ader kesempatan nanti Mummy ajar cara2 nak make yang simple dan semua bleh buat. Buat kelas tutorial lar konon2nye.
Diantara Petua yang Mummy rajin amalkan adalah:-
- Selapas bangun tidur setiap pagi, Mummy akan minum segelas air masak @ air suam dengan membaca selawat. Mummy akan minum sebelum gosok gigi. Ini baik untuk kesegaran tubuh di permulaan hari. Dan amalkan minum air masak 2 liter sehari jgn kurang biar lebih..
- Sebelum nak bermake-up, mummy akan menyapukan ais pada seluruh wajah untuk mengecilkan saiz pori2 pd kulit untuk tempoh sementara sahje. Kalu xde ais bleh tukarkan dengan air sejuk. Biasanya Mummy amalkan letak ais kat muka jika ade function2 beso saje... setakat nak gie keje cuma pakai penyegar, Pelembab muka dan makeup base.
- Pastikan peralatan solekkan seperti berus dan span sentiasa berada dalam keadaan yang bersih bagi mengelakkan tempekan kuman dan bakteria. Mummy memang kena pastikan betul2 bersih sebab muka Mummy amat sensitif jika tersilap sikit keluarlah jerawat2 besor2!! X CUKE!!
- Kalu nak bermakeup, elakkan dari menyapu solekan terlalu tebal kerana ia hanya merengsakan kulit. Pakailah concealer makeup untuk menutupi noda2 atau bintik2 hitam. Jangan lupa untuk membersihkan makeup menggunakan makeup remover atau penyegar muka. Kalau mummy suka gunakan wet tisu yang anti bacteria. Senang dan mudah digunakan.
- Apabila menyapu pemerah pipi jenis krim, sila gunakan jari bagi merataka kedua2 belah pipi dan hasilnya akan kelihatan solekan yang segar dan semulajadi.
- Nak lagi berkesan, Cubit kedua2 belah pipi dan sapukan warna pemerah pipi dengan kesan cubitan tadi. Pipi akan kelihatan merah semulajadi.
- Dalam mengenakan pakaian ke Pejabat, pilihlah warna yang terang seperti kuning atau pink untuk menyuntik semangat dan membuatkan kita ceria!!
- Pilih warna2 terang atau berkilau untuk solekan dibahagian mata bagi memastikan perhatian diberi pada wajah kita. Tapi jgn plak terover makeup dah rupa hape kang!!
- Kalau nak gincu atau lipstick tahan lama, sapukan concealer jenis krim pada bibir terlebih dahulu. Tekapkan dengan tisu lembut sebelum menyapunya dengan gincu. Kalau ader consealer bleh pakai bedak compact jugak tapi hasilnya kurang menarik.
- Lastly, kena sentiasa senyum! Senyum itu satu sedekah... Ingat! Sentiasa senyum... bila Senyum sebut SENYUM TEEEEEEGAAAAAAAAA!!
Haaaa nie ler ghrupe Mummy pada UMUR 50 tahu...
Waduh!! Tetap berkedut2.. Waaaagggghhrrrrr!!
Tapi bila dibelek2 tetap cun aper!! hehehehe perasan...
Okaylah.. sekian dulu..
Kalu ade tips2 lain mummy akan share lagi kay...
Nanti jumpa dilain post..
Take Care!
Bobbai..
KAMI GEMBIRA!!
Wassalam..
npe muka akak kalo dah 50tahun dah macam umur 20 tahun lagi?
ReplyDeleteEntri Panas! Pakej Lengkap Nuffnang :
Rahsia Terbongar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian 1)
Rahsia Terbongar! Cara Sebenar Menjana Pendapatan Lumayan Nuffnang (Bahagian Akhir)
Firdaus: Hehehee... kembang idung akok dik oiiittt.. hehehee.. xdok duit kocik bosat pun ngak ade..
ReplyDelete