Lempeng Kelapa + Gulai Ikan Parang
Bukan Luar Biasa...
Assalamualaikum semua.. salam ceria.. KAMI GEMBIRA!!
Macam biasa, hari nie alhamdulillah dapat mengupdate blog. Hari yang indah bersama keluarga..
Chewah!
Kali nie Mummy nak share ngan korang makanan favorite Ayah dan Danish iaitu Lempeng Kelapa di makan bersama Gulai Ikan Parang daun kantan.
Bila masak lempeng nie teringat kat Bonda. Bonda memang perfect buat lempeng. X kira lempeng apa. Yang paling best lempeng pisang dan apam lempeng. Peeerrrrggghhh!!!! Kalu ayah dan anak2 makan, bertambah2 + + + + + Air tangan ibulah katakan..
Okaylah, sila ambil pen atau pencil bersama kertas.
Ye tuan,tuan dan puan,puan
Mula2 skali kita sediakan bahan seperti dibawah ini:
LEMPENG KELAPA
Tepung Gandum Cap Sauh (dah cuba tepung lain x berapa nak menjadi)
Kelapa Parut
Air
Garam
Butter / Minyak
Cara2 membuatnya:-
Sila basuh tangan anda bersih dulu sebelum memulakan memasak.
Membaca selawat - masakan akan rasa lebih enak.. PERCAYALAH!!
Masukan Kelapa dan air mengikut keperluan.
Kisar sehingga sederhana hancur
Ambil Tepung dan Pengayak
Ayak tepung - apabila kita mengayak tepung lebih mudah dan cantik apabila digaul
Masukkan kelapa yang telah dikisar tadi.
Masukkan perlahan-lahan. Ala-ala manja2 gitew..
Gaul sehingga sebati. Jangan sampai berketul2 nanti bukan makan lempeng tapi makan tepung... hehehee.. Dan masukkan garam sedikit. Jgn banyak2 nanti masin. MASIN-NAK KAHWIN LAGI!!
Bacuhan gaul sebati maknanya dah siap untuk dibakar..
Bila kata nak buat lempeng bacuhan mestilah cair sedikit berbanding masak jemput2.
Ambil mentega atau minyak untuk membakar.
Mummy suka gunakan Olive Butter sebab kurang berminyak dan baik untuk kesihatan.
Bila kata kelapa dan santan kalori memang tinggi jadi minyak ditukarkan kepada Olive Butter
Panaskan PAN. Masukkan butter ke dalam PAN.
Masukkan adunan tadi dan buat bulatan mcm tu.
Kalu x nak buat bulatan bleh buat bentuk "LOVE"
Taaaaddddddddaaaaaaaaaaa...
Dah Siap!!
Senangkan?? Mudahkan??
Selamat mencuba..
Lempeng Kelapa + Gulai Ikan Parang Daun Kantan - SERASI BERSAMA.
Macam Kami..
eh..eh..eh.. apahal plak cara nak masak Gulai Ikan Parang bersama daun kantan????
Nanti Mummy Upadate next Post yerk..
Nak Keluar jap gie Jalan2 ngan anak2 jap..
Sowy yerk..
Jangan Marah.. nanti cepat tue... SENYUM!!
Okaylah sehingga berjumpa lagi..
U olls take care kay!
Kami Gembira!!
Bobai
Wassalam..
wahhh sedapnya... nak skit..
ReplyDeletewoah dapnya
ReplyDeletehee
akak org johor gak erk
kat area mana??
mesti kita jemput punya
hee
kak mia.. tq..tq.. bleh nanti akk dtg sini kita buatkan akk..
ReplyDeleteNur aisah: haah akk org johor..kalu nak jemput nanti emaillah akk.. insyaallah akk dtg..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteni ler yang orang bajau sabah panggil kuih tompe :D..hehhe
ReplyDelete