Saturday, May 26, 2012

Kapten Steamboat & Grill.. Jom masak2!

Assalamualikum semua..

How are you baby? Chewah! Speaking gitew.. Yelar u olss nak gie makan ala2 grill gitew kenalah bercakap bahasa omputih.. Heheheee.. "CINTAILAH BAHASA KITA"...

Nie mummy nak cite skit.. baru2 nie mummy dan adik iparku mr kamal menerima rezeki yang tidak diduga.. Nak cakap malu.. Nak taip kat blog lagi lar malu.. Jadi bior kami jer yg tahu..alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah diatas kuniaanmu itu..

Jadi kami nie berpakat untuk meraikan bersama2 keluarga tercinta.. Yang paling utama adalah 2 wanita yang banyak mendoakan kami untuk menjadi yang lebih baik dari yang terbaik.. Terima kasih Bonda & Mak! Sayang bonda & mak hingga ke syurga!

Mula2 nak gie makan seafood kat Senibong akhirnya menukar plan gie makan kat Kapten grill & steamboat.. Ini adalah kali pertama kami menjejakkan kaki ke restaurant itu.. Bonda dah pernah dtg bersama my lovely sister.. Bonda cakap Sgt sedap! Waaahhhh..
Apalagi jom lar!

Owner restaurant nie muda belia.. Adik beradik lagi! Seronok tgk diaorg nie! Best u olls i ckp! Main masak2 lagi! Kalu nak makan grill order lar daging ker ikan ker sotong ke udang ke yg telah diperap.. Sgt sedap terasa bumbunyer! Bakar kat grill yg telah disediakan.. Dicicah bersama 4 pencincah. Perrrhggg! Terangkat!

Untuk steamboat plak.. Kami memilih sup tom yam.. Dan perabahnyer ambil sendiri.. So korang bleh pilih apa yg nak makan.. Sgt mudah! Selain tu ada juga nasi goreng, nasi putih, mee goreng dll.. Rugi x pergi!!
Jom layan gambo2 kami plak...

2 wanita yang paling saya sayang.. Love you mom and mil

with my 2 boyfriends.. Dah besor sgt2... Mummy sayang sgt2 kat ank2 mummy hingga akhir hayat mummy..


With my lovely husband.. i love you so much darling! (psssstt yg dok blakang kami tuu lar yg berbaju biru adalah owner restaurant... Sibuk melayan pelanggan..)


Oh adik iparku mr kamal! Bersama isteri tercinta my biras Eja.. Best couple.. Makan suap2 lagi! Auuuwwww!


KAMI GEMBIRA !! [trade mark giteww]


LIIICIIIN.. Itular yg mampu kami katakan.. Hihihiiii ^.^


KAPTEN GRILL & STEAMBOAT terbaek!!

Nie mummy bagikan alamat sekali.. Gak2 tergerak nak makan leh singgah..

KAPTEN STEAMBOAT & GRILL
8/10 JALAN SUSUR TUN RAZAK
TAMAN SURIA MUAFAKAT
JOHOR BAHRU

Okaylar u ollss..
Sekian dulu
insyaAllah mummy akan update lagi..
Take care.. Muahzz muahzz..
Wassalam..
Published with Blogger-droid v2.0.4

Monday, April 2, 2012

Ikan Tuke masak Lemak Cili Api Pedas

Assalammualaikum semua...

Dah makan? Ari nie mummy nak share dengan korang salah satu lauk favorite mummy. Nampak macam senang tapi agak leceh sikit nak menyediakannya.

Korang tau tak ikan tuke tu ape? Ikan tuke adalah ikan pari kecik. Isinya agak lembut dan x mudah berbau macam ikan pari. Jadi, kalau sesiapa yang takut2 nak beli ikan pari, beli jer ikan tuke nie.

Untuk tidak membuang masa lagi, sila lah menyalin resipi dibawah ini.

IKAN TUKE MASAK LEMAK CILI API PEDAS

Bahan-bahannya:-

Ikan Tuke
- bersihkan
- gaul bersama asam jawa beserta garam.
- perap 5 minit
- bakar sehingga masak
- sejukkan dan soyat2 (jgn terlampau halus)


* Cili padi 25 batang (kalau x nak pedas kurangkan)
* Kunyit 2 inci
semua bahan diatas kisar atau tumbuk

Santan dari sebiji kelapa
Asam keping
Daun chekor / Daun kenchor
Garam

CARA-CARA MEMASAK:-

- Masukkan bahan yang dikisar, santan dan asam keping.
- Kacau sehingga mendidih dan jangan sampai pecah minyak. Nanti tak sedap.
- Sudah mendidih, masukkan ikan tuke bakar dan daun chekor.
- Masukkan garam. Jangan letak banyk2 garam sebab ikan tuke yg dibakar ada garam.
- Biar sehingga masak.
- Dah siap!!!
Makan dengan nasi panas2. Sedap dan terangkat!!!

Senang dan mudah x???

Okay lar, mummy nak chow dulu.
Take care!!
Be happy dan Kami Gembira!!
Selamat menjamu selera...
Wassalam...



Published with Blogger-droid v1.7.4

Sunday, April 1, 2012

Innovation and Creativity Festival at UTM Skudai Johor

Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Add caption
Assalammualaikum semua...

KAMI GEMBIRA!!! [trade mark okay]
Dah lama sgt2 mummy x update blog. Rindu sebenarnya. Walaupun mummy senyap berblog, menjengah dan membaca blog tetap menjadi hobi dimasa lapang.

Baru2 ni, pada 31Mac2012 mummy sekeluarga mengunjungi satu festival yang diadakan di UTM skudai. Yang paling teruja mestilah abg Danish. Danish nie memang minat sgt2 tentang teknologi sains. Sampaikan rancangan WINNERS yang ditayangkan di tv3 salah satu favorite cik abg danish kita niiiee.. Pelik tapi benar!!

Bawalah keluarga dan anak2 bercuti dihujung minggu. Tak perlu tempat yg mahal tapi cukuplah tempat yg berpatutan tetapi happenninggg!!! Syoookkkkk....

Okay lar u olls. Mummy nak check out dulu. Insyaallah mummy akan update lagi.

Hope everyone is happy.
Kami gembira!!
Take care, muah3..
Wassalam..
Published with Blogger-droid v1.7.4

Trafic Jam.. PpppRReeetttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...