Saturday, October 22, 2011

tiramitsu dan caremel

Assalamualikum semua....

Apa khabar? Dah lama mummy x update blog. Nie pun hnya mencuri masa jap. Just nak share ngan korang yg kucing my lovely sister dah besor n comeeellll bangat!!!
Geram!!! Sebenarnya mummy bukan peminat kucing, tapi disebabkan 2 ekor yg tomey lotey nie dtg n lendit lendit kat kaki nak tak nak kena dokong gak.... Geram!! pastu ape lagi hidung mummy pung merah menyala lar... Sensitif sgt!!

Okay lar nak chow. Nanti update blog lagi kay.

Sayang korang semua,
Kami gembira
Wassalam

Published with Blogger-droid v1.7.4

Wednesday, September 14, 2011

Salamat Hari Raya 2011


Selamat Hari Raya 2011
Maaf zahir dan Batin..
Dari Kami : Sabarudin, Shahliza, Danish dan Haziq..

Assalamualaikum semua..
Ya Allah!!! seriuos!! Mummy rindu sgt2 nak berbelog.. tapi masa memang tidak mengizin kan..
Nie pun curi2 masa.. terlampau bnyk yang hendak diceritakan... InsyaAllah yer..

Anyway, korang tunggu kay mummy nak masukkan gambo masa raya 2011.. sabar menanti..
Kepada yang sudi memfollow mummy.. mummy akan cuba memfollow korang balik.. minta maaf banyk2..
Sabar menanti..


With Love..
Kami Gembira..

Sekian dulu..
Wassalam..
Sayang Semua.. muahcc.. muaaccchhh..





Wednesday, June 15, 2011

Undi Mialiana.com Untuk Blogger Of The Year DiGi WWWOW Awards !! Part 2

 Muka kepenatan nie.. POYO... hehehe.. Kami Gembira..

Assalamualaikum semua...

Minta maaf nie x leh nak tolih bnyk2.. sebab memang busy sesangat...
Cuma nak ucap Tq so much kepada kak Mia Liana "smile..smile..smile.." sebab T-shirt dan Car sticker selamat sampai ke tangan Mummy (shellya)..

1st of all, shellya nak minta maaf kepada kak mia sebab dapat pakai t-shirt jer dulu, car sticker masih belum sempat ditampal kerana kereta my boss pakai..

Suke tgk baju nie dengan design yang sangat simple.. tima kacih banyak2 yang x terhingga..

www.mialiana.com terbaeeekkkk!!
Jom Kita vote kak mia hari-hari tau!!
Rugi kalu x vote!!
Kami Gembira!!!



How To Vote (Click Here)
 
Okaylah.. sekian dulu..
nanti jumpa di next post kay..
boi2..
kamigembira..
sayang semua..
 







Sunday, June 5, 2011

Undi Mialiana.com Untuk Blogger Of The Year DiGi WWWOW Awards !!

Assalamualaikum semua..

Apa khabar?? Mummy n Family sihat sentiasa.. Alhamdulillah.. rezeki yang Allah berikan.. amin..
Dah lama sesangat mummy x update blog.. mcm biasa larkan.. sibuk kerja.. sibok hal anak2.. dan menyibok x tentu pasal..

Dipendekkan cite, mummy nak ajak korang semua untuk vote kawan mummy nie.. Mialiana untuk Blogger of the Year DIGI WOOOWWWWWWW!! Mummy memang selalu vote dia.. almost setiap hari mummy vote...cuma baru2 ni, kak mialiana call mummy kenapa x buat entry and masuk competition?? http://www.mialiana.com/2011/05/kempen-undi-mialianacom-untuk-blogger.html bukannya x nak cuma memang x sempat... diatas belas kasihan kak mialiana.. maka dia suruh mummy buat entri jugak untuk memenangi T-shirt dan Car sticker... TERBAAEEKKK.. MUMMYY SUKER!!

Okaylah korang.. dipendekkan cite... silalah klik dibawah ini untuk mengevote kak mialiana dimana blog kak mia nie diantara fav blog Mummy.. 
Ajaklah kaum kerabat anda untuk mengevote kak mialia... x rugi pun..




How To Vote (Click Here)
 

Kepada kak mialiana.. Shellya doakan akk akan berjaya diatas berkat usaha gigih akk selama ini..
You're TOP RANKING!! NUMBER 1!!!
GO! GO! GO! Mialiana.com!!!!

Sekian dulu..
Kami Gembira..
Wassalam..

p/s:- psssstttttttttt nanti mummy akan masukkan resipi baru.. sila tunggu kay... jgn mare..



















Tuesday, May 17, 2011

Lamb Chop with Butter Rice


LAMB CHOP WITH BUTTER RICE

Assalammualaikum semua.. dan salam ceria..

Hari nie mummy nak share ngan korang masakan western plak.. Kalu yang berkaitan dengan daging kambing nie memang favorite ayah dan Mummy.. x kira lah briyani kambing ker sop gear box kambing ker kambing masak merah (aqiqah) ape2 jer lah...kami x pernah tolak untuk menikmatinya.. 

X moh bnyk ckp lagi, jom salin resipi..:-

Lamb Chop

Sila Marinate bahan2 dibawah selama 1 jam (kalu lebih lagi baik):-

Lamb shoulder
Mix herb
Serbuk Paprika 
Black Paper
Garam sedikit

Minyak Zaitun - untuk membakar
Panaskan pan dan letakkan minyak zaitun. 
Bakar daging sehingga garing dan masak..

Sos Black Paper

Bawang putih
Bawang Holland
Sos Lada Hitam 
Brown Stock Sos
Mix herb (untuk bauan)
* Kalau nak pedas, tambahkan lagi lada hitam
Mentega

Panaskan periuk, letakkan butter dan bawang putih
Agak kekuningan letakkan bawang holland
Saute bawang agak kekuningan masukkan sos lada hitam, brown stock sos dan mix herb.
Kacau sehingga masak

Butter Rice

Mentega
Beras
Stok ayam (ikut sukatan beras)
garam secukup rasa
Kismis

Cairkan  mentega, goreng beras seketika dan masukkan stock ayam serta garam.
Tanak nasi.
Bila nasi dah nak kering, masukkan kismis dan tutup. 
Biar sehingga nasi masak

Salad with thousand island

Daun salad (ikut citarasa masing2)
dan 
thousand island jenama Lady's Choice

Basuh daun salad
Potong dan gaul bersama thousand island

Dah Siap!!!
Jemput Makan...

Kalu nak makan cengginih, pasang lilin 1 batang tengah2 meja baru feeeel... heheheee..
Romantik gitewww..
Selamat Mencuba..

Okaylah..Sekian dulu..
Nanti mummy akan mengupdate lagi..
Kami Gembira..
Boi2..
Wassalam..





Monday, May 16, 2011

Crispy Crumble Black Raisin Cake



Crispy Crumble Black Raisin Cake

Assalamualikum semua.. dan salam ceria..

Haaa ko susah nak menyebut nama kek nie.. sesuka mummy jer nak letak nama kek niekan.. Janji best!! Jadi hari nie mummy nak share ngan korang kek yang sedap sangat!! Agak mudah dan simple.. Sesuai untuk minum petang.. Kerangupan topping tu membuatkan bila makan nak lagi nak lagi nak lagi...
Sila ambil pen dan kertas.. jom salin resipi..

Bahan2 Kek:-
1/2 cwn gula
1/2 cwn mentega
2 cwn tepung (* diayak bersama)
2 1/2 serbuk penaik (* diayak bersama)
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 sudu garam (* diayak bersama)
2 cawan kismis hitam
1 sk esen vanila


Cara membuat kek:-

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kuning. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu segar ke dalam aduan tadi. Kacau rata. 
  3. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan rata mentega ke dalam loyang.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan susun atau taburkan kismis hitam.
Bahan2 Crispy crumble topping:-
3/8 cwn gula
3/8 cwn tepung gandum
1/2 sudu serbuk kayu manis
3 sudu besar mentega sejuk dari peti ais

Cara membuat Crispy Crumble Topping atas kek:-

  1. Satukan tepung, gula dan serbuk kayu manis dan gaul rata.
  2. Masukkan mentega dengan menggunakan garfu gaul sehingga menjadi crumble
  3. Taburkan keatas aduanan kek tadi.
Last skali bakar dalam oven 350F selama 45-50 minit atau sehingga masak.

Dalam Babak pembikinan Kek..

Nampak x tangan si kecik molek.. bukan tangan mummy yerk.. tapi tangan si Ultraman Haziq..

Haziq gembira sebab dapat tolong mummy buat kek..
Best sgt..

 Special kiss untuk Mummy..
Muah!!
Cayang Mummy..

 Kek berada didalam oven..

 Hampir masak..

 Tadaaaa... dah siap!!

 Crispy Crumble Black Raisin Cake
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..

Okaylah.. nanti mummy bagi resipi lagi yerk..
Jumpa di next post..
Kami Gembira..
Boi2..
wassalam..






Manggo Cheese Cake (Unbaked)

 Manggo Cheese Cake

Assalamualaikum semua dan salam ceria..

Seperti yang dijanjikan kat u olls semua di older post ---> klik sini  mummy akan masukkan resipi berserta gamba cara2 nak buat Manggo cheese cake nie..

Nampak macam senang tapi memerlukan kesabaran... ada yang cakap, lebih senang beli jer kat kedai!!! tapiii.. i tell u, bila kita buat sendiri dapat menjamu suami, anak2, keluarga, rakan2 dan jiran2 (semuanya nak disebut) itu yang datangnya rasa kepuasan lebih2 lagi bila apa yang kita lakukan sedap dan menjadi.. memang best!! 

Itu sebabnya mummy memang suka memasak.. bukan nak menunjuk2 tapi ingin berkongsi saja bersama rakan2 blogger.. Buat pengetahuan semua, inilah kali pertama mummy cuba membuat kek. Tanpa pengetahuan asas mummy hanya belajar melalui internate sahaja dan bertanyakan kepada My lovely sista Cik kak novelis... Alhamdulillah semuanya berjaya...SERONOK SGT!!!

Petua Memasak hanya perlu ada rasa cinta dan kasih.. percayalah mesti menjadi.. selain itu "MALU BERTANYA SESAT JALAN"  rajin2lah tanya kepada yang tahu..

Okaylah dah penat berceloteh, jom skodeng cara2 dibawah...
Manggo Cheese Cake (Unbaked)
Untuk Biskut Based (Bawah)

 Sediakan 
100g biskut marrie
100g biskut orea
100g mentega

Sediakan loose cheese cake mould
ukuran 8"

 Untuk biskut orea, keluarkan inti dalam

 Menjadi begini

 Patahkan biskut oreo dan marrie ke dalam pengisar kering

 Kisar sehingga halus menjadi begini

 Panaskan mentega sehingga cair

 Gaul sebati diantara biskut yang telah dihancurkan dengan mentega.
Masukkan ke dalam loyang tekan hingga rata..

Tutup menggunakan aluminum Foil dan simpan kedalam peti ais selama 2-3 jam..
Untuk cheese cake (Tengah)

Mangga - Puri dan Dadu
Cream Cheese 250g
Whipping cream 200g
Gelatin Halil 1 1/2 sudu - dilarutkan dengan air panas 110ml
Gula Kastor - 60g
 Kupas mangga untuk dijadikan Puri dan potong dadu

 Sediakan 
Cream cheese 250g
gula kastor 60g

 Putar sehingga kembang

Masukkan whipping cream

Putar dan masukkan mangga puri dan dadu
Lastly masukkan gelatin yang telah dilarutkan
Gaul sehingga adunan sebati

Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disejukkan tadi

 Tutup sekali lagi dan masukkan ke dalam peti sejuk
kali ni biarkan selama 3-4 jam

 Untuk Manggo Topping (Atas)

 Manggo Puri - 1 biji
Golden syrup - 1 subu besar
Gelatin Halal 1 sudu - dilarutkan dengan 50ml air

 Sediakan Mangga puri

 Masukkan golden syrup dan gelatin kacau sehingga sebati

Tuangkan ke dalam cheese cake yang telah disejukkan itu.
Tutup dan simpan semula kedalam peti ais selama lebih kurang 2 jam atau topping membeku

tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
 
TING!
 
Dah siapkan!!!
MANGGO CHEESE CAKE (UNBAKED)
Kekonon nak letak whipped cream tetiba habis plak..
last kopek..

 So creammy tapi x berapa manis tau..
Nampakkan ketulan manggo tu.. Nice Texture.. I love it..

 Selamat Menjamu Selera dan Selamat mencuba..

Okaylah.. sampai disini dulu yerk..
Nantikan kemunculan resipi seterusnya..
Sekian..
Boi2
Kamigembira
Wassalam..







Trafic Jam.. PpppRReeetttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...