Wednesday, July 21, 2010

Merah+Putih = Bubur

Assalamualaikum Semua...

Apa khabar?? Diharap semuanya sihat...
Mummy n Family Alhamdulillah sihat... kami gembira!!

Haziq pun alhamdulillah sihat dan semakin pulih dari penyakit athma... cuma inhealer Alvesco masih lagi dipakai untuk menguatkan paru-paru...
Hari Sabtu 24 Julai 2010 Haziq kena pergi check-up lagi jumpa dengan Dr.
Mungkin Dr. nak tengok progress Haziq gaknyer...

Jadi kalu ikut petua org melayu (walaupun mummy nie anak jawa + melayu)... kalau ada apa yang dihajatkan dimakbulkan kena lar buat BUBUR MERAH BUBUR PUTIH selain dari sujud syukur kepada Allah SWT... ini bukan apa... manisan yang kita buat boleh sedekahkan kepada jiran tetangga atau kawan2 kita... untuk kali ini mummy cuma buat untuk jiran2 mummy jer.. sebab diaorang pun banyak bagi moral support kat mummy selain petua2 yang boleh diikut... bukan lar buat banyak pun cuma 5 buah rumah jer yang berdekatan... kang kalu nak kasi semua dah kena buat kenduri plak... heheheeee...

Nak share skit dengan semua cara2 nak buat BUBUR MERAH BUBUR PUTIH yang paling simple... nie pun my Mom Cik Yah yang ajar...

Sila scroll dibawah:-

Mula2 Sediakan bahan2 seperti dibawah ini:-
 
 
 
Sediakan ♥♥ Pulut, Kelapa - Ambil Santan, Gula Melaka (mesti dari Melaka... hehehehe), Gula Pasir, Daun Pandan, Garam dan air secukupnya ♥♥
 
Masukkan pulut dengan air dan masukkan sekali daun pandan supaya bubur kita beraroma daun pandan yang wangi...
 
Rebus pulut tadi sampai jadi bubur tau... kacau sentiasa supaya tidak hangus bawahnya... memang lama untuk mendapat hasil yang cantik...
seperti gambar bawah nie...
 
 

Bubur Pulut tengah mendidih dan kecikkan api...



Haaa... ni lar hasilnya... bubur pulut akan menjadi begitu kalau ditanak lama...



Pastu masukkan santan... perlahan- lahan supaya tidak tumpah


Dah selesai masukkan santan, sila kacau perlahan dan rata dengan api yang kecil supaya tidak hangit...



okay... bubur pulut ini menjadi berwarna putih gebu... mcm mummy..hehehee...
Sediakan periuk kecik untuk mengasingkan bubur pulut putih...
Letakkan garam.. x perlu banyak sebab untuk letak sikit diatas bubur pulut merah...

Yang baki bubur pulut, letakkan gula melaka dan gula pasir mengikut citarasa masing2.. kalu suka manis letak gula banyak tapi sekarang gula dah naik harga jadi... berpada2 lar...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Tadaaaa.... nie lar bubur pulut yang warna merah walaupun coklat2 setelah diletakkan gula melaka dan gula pasir....


Lepas dah kacau rata... tutup api dah biarkan sejuk sekejap... prepare bekas untuk nak bagi jiran2 dan keluarga...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Dah sediakan bekas... masukkan Bubur warna merah dulu macam gambo bawah nie




Close up skit lar...




Lepas tuuuuuu... masukkan bubur yang warna putih yang dah diasingkan tadi diatas bubur merah... macam gambo kat bawah nie...


Taddddaaaaa.... dah siap dah!!!! siap sedia untuk dihantar ke jiran-jiran dan keluargaku....


dah selesai... apalagi... x reti2 nak kemas dapur yang berkecah... basuh periuk dan pinggan mangkuk yang telah digunakan..

dah siap berkemas.... x reti2 nak rasa masakkan sendiri... memang hoooo liiiiii aaaaauuuuuuuwwwwwww!!!! ssssssssssoooooooooddddddddddaaaaaappppppp!!!!
cheh!! puji masakkan sendiri nampaknyer...
heheheheeee....

Anyway nak ucapkan terima kasih kat my Mom kerana sudi berkongsi masakan dengan Mummy... I love you Cik Yah....



I Love you soooo much mom!!!

Sekian untuk kali ini.... nanti Mummy update lagi... Doakan Haziq dan kami sekeluarga sihat, murah rezeki dan panjang umur... semoga Allah melindungi kami sekeluarga... Sayangi Allah dan Islam... Sayangi Keluarga... Sayangi Diri Sendiri...

Jumpa lagi... KamiGembira!!!! ♥♥☺☺☺☺♥♥

Friday, July 16, 2010

2 in 1 Haziq .... Danish...

Assalamualaikum semua...

Alhamdulillah... semuanya baik n selamat serta gembira!!

Walaupun kami sekeluarga menghadapi dugaan terutamanya Haziq diserang Athma yang agak teruk... Berkat usaha dan nasihat daripada keluarga dan kawan2..Dengan izin Allah, semuanya baik dan selamat... Syukur kepada Allah...


Nak cerita sikit nie.. bukan nak merapu tapi hanya nak berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu apabila anak diserang penyakit athma...

Pada 1 Julai 2010 Haziq dimasukkan ke wad Hospital Pontian...Dr. buat pemeriksaan, dah buat x-ray = paru2 okay... check darah = ada kuman skit... 3 hari sebelum di masukkan ke hospital Haziq amik nebulizer pagi, petang dan malam 2x. Ya Allah!!.. masa tu hanya Allah sahaja yang tahu... betapa susahnya si Haziq nie nak bernafaz..tido?? jgn ceritalar.. bersengkang mata Mummy n Ayah bergilir2 jaga Haziq..semasa di hospital, setiap 4 jam kena amik nebulizer dan suntikkan antibiotik..selepas 3 hari Haziq dapat keluar.. dengan gembiranya Mummy dapat balik dan Haziq dah kembali sihat...

Nak dipendekkan cerita, 11 Julai 2010 Haziq diserang lagi gara2 makan aiskrim.. masa tu serba salah...x nak bagi mengaruk dah bagi nie lar jadinyer... Hantar lagi ke Wad kecemasan amik nebulizer lagi pagi, petang dan malam 2x. Amik Darah - ada kuman sikit... check x-ray paru2 - ok...Dr. suruh admit lagi... Aduuuhhhsssss... Peeeehhhhh!!! Masuk Wad lagi???? Kami dah start lar tension.. tapi... sabar..sabar..sabar.. bukan senang nak besarkan anak... macam nie lar pengorbanan Ayah dan Ibu kita masa kecik2 dulu... 

Sampai sahaja di Wad kanak2, letak Haziq kat katil, si Haziq nie jgn cerita lar menangis jer.."x nak tido sini...wwwuuuuuhhhhaaaaa....nak ultraman, nak raksasa, nak tido kat bilik mummy... x nak tido sini!!!! wuwwwwuuuuuaaaahhhhaaaaaa".... adduuhhhsss... 


Jadi kami pun berbincang, Ayah cakap kita hantar Haziq gie pakar.. Mummy pun okay.. jumpa dengan Dr. mintak discharge Haziq... Ayah isi form.. pastu bawa haziq gie jumpa pakar kat Hospital Pakar Puteri...


Alhamdulilah... Haziq x masuk wad... bleh tido kat katil mummy.. yeah2!! tapi perlu penjagan rapi... perlu amik inhealer ikut masa yang ditetapkan.. jadual telah di berikan.. ambil ubat ikut masa.. itu yang paling penting...

Nak tengok gambar Haziq x?? sila scroll ke bawah...
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
TAAADDDAAAAAA...

Haziq pun sama cibuukk nak tekan inhealer ventolin tuhh..


Haaaa... biar Mummy jer buat kay sayang ...


nie... yang warna merah.. tadi warna biru.. nie inhealer Alvesco untuk paru2 haziq...




yeeaaahhh!! Haziq gembira!!! Haziq mesti sihat!!

Untuk Abang Danish plak... kali nie x banyk cerita sangat... sebab dia tau yang mummy n ayah tengah sibuk jaga Adik Haziq.. tetiba mummy dapat panggilan call dari cikgu Danish - Cikgu Zaharah, tanya pasal kesihatan Haziq.. Mummy pun terkejut gak dari mana information cikgu dapat...bila ditnya rupanye Abang Danish cerita kat cikgu...ooooo share information lar tuuuu... kecian abang Danish...pandai abang danish...

Baru nie Danish ada blajar cara2 nak tanam pokok tauge... seronok bila tengok si Danish nie tanam pokok tauge yang gemok2 walaupun pakai kapas jer...

Kalu nak cuba tanam dirumah... sila ikut instruction yang diberikan di bawah.. 

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Mula2 sediakan
Wool
Bean spoud seeds
bowl
water
 
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
Pastu buat ikut gambarajah dibawah




Biarkan 4 hari.... nanti jadi macam gambar kat bawah nie


Danish suka buat date ader smile face...
kalu nak tengok Danish dengan pokok taugenyer sila scroll lagi ke bawah...

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
WWWHHHAAATTTTCCCHHHAAAA!!!!
Danish with his bean sproud.... lepas nie mummy bleh goreng makan ngan ikan asam pedas... yummy..yummy..
ehemmm... ada gaya x jadi Naruto??
Danish kasi Petua... nak ikut bleh x ikut lagi bleh...
kalu nak pokok tauge gemok pakai Naruto Shipuden punyer tali yang letak kat dahi tuuu... macam Danish pakai tuuuu... heheheee..

Okay lar buat kali ini... 
Sabar itu separuh daripada iman...
Anak2 pengubat kedukaan
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang...
Sayangi keluarga...
KamiGembira..
Bye2..Wassallam...

Thursday, July 15, 2010

Athma... Haziq kena lagi!!!

Assalammualaikum...

Sowy lar semua.... x dapat nak update blog.. sebab Haziq perlu penjagaan rapi...
Haziq kena Athma lagi... Doakan Haziq cepat sembuh kay...

Nanti mummy update lagi..

Walaumcmane pun.... KamiGembira..
Bye..Bye..Bye..


Trafic Jam.. PpppRReeetttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...