Sunday, January 23, 2011

SENYUM... Kami Gembira..

Assalammualaikum semua...

Senyum... Gembira... ketawa.. riang... kami gembira! Chewah!
Itulah kesukaan Mummy... Biar digelar kerang bucuk atau minah sengeh tapi Mummy tetap suka senyum... Awetzz mude lar katakan...walaupun x nampak mude...hehehee
Cuma kalu mummy marah tu xkan nak senyum plak.. masam kejap jer pastu mummy senyum balik... Pendek kata senyum memang satu kemestian..

Alhamdulillah...rupanyer orang yang suke senyum nie x rugi walau sesen pun... untung berjuta adalah!!  Senyum nie banyak tau khasiat dan nikmatnyer..
Apa tak nyer.. Muka muda, Badan sihat, minda cergas dan semua yang baik2lah.. Dapat pahala lagi! Siapa x nak??

Syukur kepada Allah sebab dikurniakan suami dan anak2 yang suka senyum jugak... 

Jom kita baca apa yang best naaa SENYUM nie..

1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senaman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda, tetapi memberi kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut tersenyum.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi), ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Jadi Kami Gembira! Chewah!

4. Senyum bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi; menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100x dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa daripada orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara 4 hingga 6 tahun ketawa 400x sehari berbanding 15x sehari kalangan orang dewasa. Justeru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masaalah kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua 'sterss' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kejadian diatas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan di sebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah di ambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotranmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan adrenaline'.

9.Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T, (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan, atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

11. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik .Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedng marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

12. Pujangga menyebut; "Seyuman itu kelopak. Ketawa itu bunga yang sempurna kembangnya" dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan mempertahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

Oleh itu kawan2 semua... mulakan hari anda dengan senyuman...
Senyum itu sedekah...
Senyum itu penawar...
Senyum itu kesihatan...
Mummy suka senyum...


Ingat, jgan lupa senyum tau..
Sekian dulu..
Wassalam..
Kami Gembira..
Muaaahhhhzzz...

1 comment:

Trafic Jam.. PpppRReeetttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...