Sunday, June 5, 2011

Undi Mialiana.com Untuk Blogger Of The Year DiGi WWWOW Awards !!

Assalamualaikum semua..

Apa khabar?? Mummy n Family sihat sentiasa.. Alhamdulillah.. rezeki yang Allah berikan.. amin..
Dah lama sesangat mummy x update blog.. mcm biasa larkan.. sibuk kerja.. sibok hal anak2.. dan menyibok x tentu pasal..

Dipendekkan cite, mummy nak ajak korang semua untuk vote kawan mummy nie.. Mialiana untuk Blogger of the Year DIGI WOOOWWWWWWW!! Mummy memang selalu vote dia.. almost setiap hari mummy vote...cuma baru2 ni, kak mialiana call mummy kenapa x buat entry and masuk competition?? http://www.mialiana.com/2011/05/kempen-undi-mialianacom-untuk-blogger.html bukannya x nak cuma memang x sempat... diatas belas kasihan kak mialiana.. maka dia suruh mummy buat entri jugak untuk memenangi T-shirt dan Car sticker... TERBAAEEKKK.. MUMMYY SUKER!!

Okaylah korang.. dipendekkan cite... silalah klik dibawah ini untuk mengevote kak mialiana dimana blog kak mia nie diantara fav blog Mummy.. 
Ajaklah kaum kerabat anda untuk mengevote kak mialia... x rugi pun..




How To Vote (Click Here)
 

Kepada kak mialiana.. Shellya doakan akk akan berjaya diatas berkat usaha gigih akk selama ini..
You're TOP RANKING!! NUMBER 1!!!
GO! GO! GO! Mialiana.com!!!!

Sekian dulu..
Kami Gembira..
Wassalam..

p/s:- psssstttttttttt nanti mummy akan masukkan resipi baru.. sila tunggu kay... jgn mare..



















Tuesday, May 17, 2011

Lamb Chop with Butter Rice


LAMB CHOP WITH BUTTER RICE

Assalammualaikum semua.. dan salam ceria..

Hari nie mummy nak share ngan korang masakan western plak.. Kalu yang berkaitan dengan daging kambing nie memang favorite ayah dan Mummy.. x kira lah briyani kambing ker sop gear box kambing ker kambing masak merah (aqiqah) ape2 jer lah...kami x pernah tolak untuk menikmatinya.. 

X moh bnyk ckp lagi, jom salin resipi..:-

Lamb Chop

Sila Marinate bahan2 dibawah selama 1 jam (kalu lebih lagi baik):-

Lamb shoulder
Mix herb
Serbuk Paprika 
Black Paper
Garam sedikit

Minyak Zaitun - untuk membakar
Panaskan pan dan letakkan minyak zaitun. 
Bakar daging sehingga garing dan masak..

Sos Black Paper

Bawang putih
Bawang Holland
Sos Lada Hitam 
Brown Stock Sos
Mix herb (untuk bauan)
* Kalau nak pedas, tambahkan lagi lada hitam
Mentega

Panaskan periuk, letakkan butter dan bawang putih
Agak kekuningan letakkan bawang holland
Saute bawang agak kekuningan masukkan sos lada hitam, brown stock sos dan mix herb.
Kacau sehingga masak

Butter Rice

Mentega
Beras
Stok ayam (ikut sukatan beras)
garam secukup rasa
Kismis

Cairkan  mentega, goreng beras seketika dan masukkan stock ayam serta garam.
Tanak nasi.
Bila nasi dah nak kering, masukkan kismis dan tutup. 
Biar sehingga nasi masak

Salad with thousand island

Daun salad (ikut citarasa masing2)
dan 
thousand island jenama Lady's Choice

Basuh daun salad
Potong dan gaul bersama thousand island

Dah Siap!!!
Jemput Makan...

Kalu nak makan cengginih, pasang lilin 1 batang tengah2 meja baru feeeel... heheheee..
Romantik gitewww..
Selamat Mencuba..

Okaylah..Sekian dulu..
Nanti mummy akan mengupdate lagi..
Kami Gembira..
Boi2..
Wassalam..





Monday, May 16, 2011

Crispy Crumble Black Raisin Cake



Crispy Crumble Black Raisin Cake

Assalamualikum semua.. dan salam ceria..

Haaa ko susah nak menyebut nama kek nie.. sesuka mummy jer nak letak nama kek niekan.. Janji best!! Jadi hari nie mummy nak share ngan korang kek yang sedap sangat!! Agak mudah dan simple.. Sesuai untuk minum petang.. Kerangupan topping tu membuatkan bila makan nak lagi nak lagi nak lagi...
Sila ambil pen dan kertas.. jom salin resipi..

Bahan2 Kek:-
1/2 cwn gula
1/2 cwn mentega
2 cwn tepung (* diayak bersama)
2 1/2 serbuk penaik (* diayak bersama)
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 sudu garam (* diayak bersama)
2 cawan kismis hitam
1 sk esen vanila


Cara membuat kek:-

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kuning. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu segar ke dalam aduan tadi. Kacau rata. 
  3. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan rata mentega ke dalam loyang.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan susun atau taburkan kismis hitam.
Bahan2 Crispy crumble topping:-
3/8 cwn gula
3/8 cwn tepung gandum
1/2 sudu serbuk kayu manis
3 sudu besar mentega sejuk dari peti ais

Cara membuat Crispy Crumble Topping atas kek:-

  1. Satukan tepung, gula dan serbuk kayu manis dan gaul rata.
  2. Masukkan mentega dengan menggunakan garfu gaul sehingga menjadi crumble
  3. Taburkan keatas aduanan kek tadi.
Last skali bakar dalam oven 350F selama 45-50 minit atau sehingga masak.

Dalam Babak pembikinan Kek..

Nampak x tangan si kecik molek.. bukan tangan mummy yerk.. tapi tangan si Ultraman Haziq..

Haziq gembira sebab dapat tolong mummy buat kek..
Best sgt..

 Special kiss untuk Mummy..
Muah!!
Cayang Mummy..

 Kek berada didalam oven..

 Hampir masak..

 Tadaaaa... dah siap!!

 Crispy Crumble Black Raisin Cake
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..

Okaylah.. nanti mummy bagi resipi lagi yerk..
Jumpa di next post..
Kami Gembira..
Boi2..
wassalam..






Trafic Jam.. PpppRReeetttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...