Monday, May 16, 2011

Crispy Crumble Black Raisin Cake



Crispy Crumble Black Raisin Cake

Assalamualikum semua.. dan salam ceria..

Haaa ko susah nak menyebut nama kek nie.. sesuka mummy jer nak letak nama kek niekan.. Janji best!! Jadi hari nie mummy nak share ngan korang kek yang sedap sangat!! Agak mudah dan simple.. Sesuai untuk minum petang.. Kerangupan topping tu membuatkan bila makan nak lagi nak lagi nak lagi...
Sila ambil pen dan kertas.. jom salin resipi..

Bahan2 Kek:-
1/2 cwn gula
1/2 cwn mentega
2 cwn tepung (* diayak bersama)
2 1/2 serbuk penaik (* diayak bersama)
1/2 cawan susu segar
1 biji telur
1/4 sudu garam (* diayak bersama)
2 cawan kismis hitam
1 sk esen vanila


Cara membuat kek:-

  1. Pukul mentega dengan gula hingga kuning. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul lagi hingga kembang.
  2. Masukkan tepung yang telah diayak berselang seli dengan susu segar ke dalam aduan tadi. Kacau rata. 
  3. Alaskan loyang dengan kertas minyak dan sapukan rata mentega ke dalam loyang.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan susun atau taburkan kismis hitam.
Bahan2 Crispy crumble topping:-
3/8 cwn gula
3/8 cwn tepung gandum
1/2 sudu serbuk kayu manis
3 sudu besar mentega sejuk dari peti ais

Cara membuat Crispy Crumble Topping atas kek:-

  1. Satukan tepung, gula dan serbuk kayu manis dan gaul rata.
  2. Masukkan mentega dengan menggunakan garfu gaul sehingga menjadi crumble
  3. Taburkan keatas aduanan kek tadi.
Last skali bakar dalam oven 350F selama 45-50 minit atau sehingga masak.

Dalam Babak pembikinan Kek..

Nampak x tangan si kecik molek.. bukan tangan mummy yerk.. tapi tangan si Ultraman Haziq..

Haziq gembira sebab dapat tolong mummy buat kek..
Best sgt..

 Special kiss untuk Mummy..
Muah!!
Cayang Mummy..

 Kek berada didalam oven..

 Hampir masak..

 Tadaaaa... dah siap!!

 Crispy Crumble Black Raisin Cake
Selamat mencuba dan selamat menjamu selera..

Okaylah.. nanti mummy bagi resipi lagi yerk..
Jumpa di next post..
Kami Gembira..
Boi2..
wassalam..






1 comment:

Trafic Jam.. PpppRReeetttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...