Saturday, May 14, 2011

Happy Anniversary Kami yg ke - 8 tahun...


Assalamualikum semua.. dan salam ceria

Aduhssss... dah lamanya x berblog nie.. memang lama sgt x update blog..mim kemalasan melanda mummy.. mummy hanya membaca blog rakan2 tapi tidak mengupdatenyer..

PENGUNGUMAN... PENGUNGUMAN...PENGUNGUMAN..!!!!! 
(Sila baca jerit tapi dalam hati)
Hari nie bape hari bulan murid2?? Hari nie 14 Mei 2011 Hari Sabtu...
Maknenyer... Hari Ulang Tahun Perkahwinan Kami yang ke 8 Tahun..
Fuuuhhhhhhhhhhssssssssssss.... berjaya jugak mengumumkan kat korang yang sedang membaca nie... heheheee..

Alhamdulillah.. Syukur ke Hadrat Allah SWT Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani telah mengurniakan kami sebuah keluarga yang sangat bahagia.. Terima Kasih Allah...
Dengan kehidupan kami yang cukup sederhana... dikurniakan 2 cahayamata menambahkan lagi kegembiraan kami...Berkat doa kami berdua semoga anak2 kami menjadi anak yang sollleh dan Sollehah..Berkat doa ibubapa dan keluarga perkahwinan ini kekal buat selamanya.. InsyaAllah..Semoga kebahagiaan ini kekal buat selama2nya.. amin...

Mungkin dalam usia lapan tahun perkahwinan ini masih banyak perlu diperbaiki... Sikap bertimbang rasa dan tolenrasi antara kami membuatkan kami sentiasa bertolak ansur tanpa rasa ingin berlumba2 dengan sesiapa terutamanya mengejar harta kekayaan didunia ini.. Kami sentiasa berdoa agar dilimpahkan rezeki dan percayalah rezeki yang diberikan adalah dari Allah SWT... x perlulah kita merasa gah dan mendongak ke langit dengan harta yang kita miliki.. sekelip mata pun boleh berubah.. Hanya iman dan amal yang akan dibawa ke SANA.. Anak2lah harta yang paling bermakna untuk kami.. Harta yang tiada tolok bandingnya..


Sempena Hari yang bermakna ini Kami sekelurga ingin memohon kemaafan jika ada salah dan silap secara sengaja ataupun tidak sengaja..

Ya Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihani..

Ampunilah segala dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa adik beradik kami, dosa keluarga kami dan dosa sekelian umat islam yang ada didunia ini samada yang hidup ataupun yang telah mati....
Jadikan Kami sebuah keluarga yang bahagia, yang beriman dan bertakwa...
Berilah Kami rezeki yang Engkau redhai..
Jadikanlah anak2 kami anak2 yang solleh dan sollehah, yang berguna didunia dan diakhirat, yang cemerlang, gemilang dan terbilang...
Permudahkan segala urusan kami..
Kurniakan kami cahayamata perempuan.. (sebab mummy dalam proses ingin menambah cahayamata)
Kepadamulah Ya Allah kami memohon dan perkenankanlah doa kami..
Amin2 Ya Rabal A'lami...

Seperti tahun2 yang lepas, Mummy akan masak masakan yang istimewa tapi untuk tahun ini berlainan sedikit. Nak tahu?? Tunggguuuuuuuuuuu... Mummy akan update lagi kay..

Okaylah.. Sampai disini saja..
Jumpa lagi..
Boi2..
Wassalam..







Tuesday, April 19, 2011

Garlic Bread + Mushroom Soup Jom Machak!

Garlic Bread + Mushroom Soup ... MEMANG TERANGKAT!!!

Assalamualaikum semua... Salam Ceria..
Hai..hai..hai..hai..
Dah lama x berBlog.. RIIIIIIIIIINNNNNNNNNNDDUUUUUUUUUU....
Seperti yang dijanjikan kat uolls semua, ari nie mummy nak ajaq korang cara masak paling mudah.. senang kacang baq kata Danish.. 

Ari nie x moh nak cakap banyak, korang skodeng jerlah gambo2 dan resipi2 yang disediakan..
Sila basuh tangan sebelum memulakan memasak
Mulakan dengan bacaan bismillah dan selawat
then masak ngan penuh kasih sayang, sure masakan kita mesti sedap..
 Betul!
Betul!
Betul!
x tipu!
 Seterusnya

GARLIC BREAD  
sediakan bahan seperti dibawah ini:-

 Roti Perancis, Mentega kurang garam, Bawang Putih, Mixed herbs, Parsley, dan Table Salt.

 1. Masukkan mentega kedalam mangkuk.
2. Cincang bawang putih dan masukkan ke dalam mentega

 3. Dah Kacau, masukkan mixed herb untuk mendapat aroma yang URRRHHMMMPPP!!!

 4. Kemudian masukkan parsley. Mummy menggunakan parsley instant sebab kat tempat mummy ni susah nak dapatkan parsley segar.

 Last skali, masukkan garam (pure table salt).
Jangan letak banyak nanti masin x sedap.
Kalau menggunakan mentega biasa x yah letak garam lagi tau.

 Kacau sekata..
DAH SIAP!!
SENANGKAN??

Potong roti ikut sukahati..
kalau nak cantik potong serong, kalau nak garing potong macam ni.

Sapukan butter garlic kat roti perancis

Dah settle!
Nak makan macam nie pun bleh... hehehe.. kalu suka lar!!

 Panaskan Pan dan bakar sehingga garing..
Sementara kita masak roti, jom masak Mushroom soup plak
Lagi senang..
CUMA
BELI
1 TIN
MUSHROOM SOUP
JENAMA CAMPBELL'SS
KALI NIE MUMMY MEMILIH PERISA
WILD MUSHROOM SOUP

Buka tin, masukkan bahan kesemua kedalam periuk bersama 1 tin air.
Kacau sehingga masak...
Jangan sampai berketul...
EASY.. SENANG..KACANG...

 DAH SIAP!!
YUMMY..YUMMY..

 ROTI YANG GARING.. MUMMY SUKE..
AYAH, DANISH DAN HAZIQ LAGI SUKE!!!
KAMI GEMBIRA!!

Cara makan..

Ambil Garlic bread celup ke mushroom soup..

Dah celup, angkat.. bukak mulut besor2..
BELASAH SAMPAI HABESSHHHH...
Okaylah, itu saja untuk kali nie..
Nanti Mummy update lagi
Semoga korang Gumbira dan selamat memasak!!
KAMI GEMBIRA
Sekian, Wassalam
Bobai..
 






Thursday, April 14, 2011

KURSUS PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN TAMBAH NILAI

AMALI PRATIKAL
KURSUS PENGENDALIAN LEPAS TUAI DAN TAMBAH NILAI

Assalamualaikum semua.. salam ceria..
Haaaa ngko.. panjang tajuk arinie.. apetahnyer nielah tajuk kursus yang mummy join selama 2 hari dari 12 April - 13 April 2011.
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan memang seronok.
Banyak pengalaman yang Mummy dapat. Walaupun mummy nie memang x berapa terror pasal pertanian tapi dengan adanya kursus sebegini dapat memupuk minat untuk menjadi seorang pengusaha pertanian.. Chewah!! berangan jer.. "PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN"
Kebanyakkan peserta terdiri daripada OTAI2 yang sememangnya Pertanian merupakan sumber pendapatan diaorang dan u olls kena percaya bahawa pendapatan diaorg sebulan boleh mencecah ke 5 angka lebih pun boleh.. terasa kerdil diri ini.. hehehe.. walaupun memang kerdil..

Untuk hari pertama kami hanya mendengar teori di Dewan yang disediakan oleh pihak hotel. Dan sorrylah mummy x dapat masukkan gambar atas sebab2 tertentu.. 
Jadi semasa amali praktikal saja yang sempat mummy amik tu pun pakai kamera tepon. Gambar memang kurang jelas.
Tujuan menghadiri kursus nie adalah kegunaan bahan sisa nanas yang boleh dipelbagaikan, pengunaan EM, pengendaliaan selepas tuai dan banyak lagi lah..

Okaylah, Mummy x mau cokap2 bonyak2.. jom skodeng gambar2 yang sungguh the happening and poning... hehehee..
Di Ladang Nanas PTPTN
ALOR BUKIT PEKAN NANAS, PONTIAN

Geng HAWA bukan HAWAU yerk!
Mummy, Nurul dan Ida
HOT MOMOK MAMA!

Nielah Penceramah kami
En Eddie Kamal
yang suka buat lawak.. klakar2..

 Haaaa besooooww mesin nie..
Nielah mesin yang digunakan untuk menghancurkan DAUN NANAS, TUNGGUL, BUAH NANAS DLL.. MANUSIA PUN BLEH!

Bila mummy tnya enjin nie enjin apa??
ENJIN TRAILER
BISING!!

Nak menggerakkan mesin grinding
ENJIN Trailer + Bateri = Mesin yang bernilai hampir RM60K..
PENGSAN! MAHAL! X MAMPU!
SODIH! 

 Akulah HANG TUAH!
aduhsss sila jgn ikut perangai abg nie.. BAHAYA! 
PARANG ITU TAJAM!
2 orang kuat ketika kami menjalani kursus
Abg berbaju kuning yang koros tu (nama glamor) EN TAM
Abg berbaju kunin yang comel2 yang pandang kedepan (nama glamor) EN MOK

 Nie pun owng kuat PTPTN 
Abg berbaju biru - EN ISA.. a.k.a PENGURUS FUTSAL

 Sisa daun nanas dan tunggul nanas

En Addie Kamal memberi sedikat taklimat sebelum mesin digerakkan.
KESELAMATAN DIUTAMAKAN!

Persediaan.

 Dah start bunyi bising!!
Nak cakap kena bisik kat telinga..

Masukkan tunggul nanas kedalam tong tu..

Sedang diproses..

Sisa buangan dah siap dikisar..

 Dikumpulkan

Inilah hasilnya..
Sedia untuk dimakan.. hheheheee..
SILA JANGAN MAKAN!!

 NOW! My TURN!
x sabau2 beb!

 Masa nie macam main bola jaring jer.. 
main baling2 masuk dalam tong.. BEST!!

Dah masukkan buat mcm nie kengkonon dah HABEESSHHH...

Sila contohi MUMMY!!
Sayer seorang BUDAK yang RAJENNNN!!

PERLU PEKERJA KONTRAK, SILA HUBUNGI SAYER!!
POYO!!
KAMI GEMBIRA!!

SISA YANG TELAH DIKISAR MENJADI CENGGINIH..

 Secara dekat..
Sisa nie boleh diberi makan kepada haiwan ternakan dan dibuat menjadi baja.

 Tadi dah tengok mesin besooorkan.. kali nie tengok mesin kecik plak

Nie Mesin chopper.
Biasa gunakankan untuk memotong daun kelapa sawit bagi tujuan sisa diberi makan kepada binatang ternakan

 Nanas masak atau nanas busuk serta jambul nanas

 Sebelum tu, buah nanas perlu dipotong agak kecil bagi memudahkan mesin chopper bergerak kalu x tersangkut.

 Okay.. skung bleh main2 baling2 dow..

 Sape nak cuba bleh cuba.. syiokkk!!

 Nielah sisa buah nanas yang dah busuk atau terlampau masak

Mesin chopper nie hanya boleh menyincang buah nanas tapi daun nanas tidak dapat hancur kerana daun nanas berbenang sukar untuk dihancurkan

 Lihatlar.. buah nanas yang hancur.. kalau x geli bleh buat jus.. muahahaaaa..

 Nilah salah satu bahan yang digunakan dalam campuran SILAJ (untuk makanan ternakan)

 En Penceramah menunjukkan cara2nya

 Setelah dicampurkan dengan bahan2 tersebut,
disimpan didalam tong ditutup kedap supaya tidak dijangkit kulat

 Dan inilah SILAJ
berbau masam2 manis
Binatang ternakan suka makan terutamanya LEMBU

Menambah Nilai pengeluaran Buah nanas secara langsung
yang penting KAMI GEMBIRA!!

Walaupun penat berhapan dengan keadaan panas terik tapi kami seronok sekali sekala dapat masuk ladang sungguh menyeronokkan!!
Okaylah sekian dulu untuk kali ini..
Pssst2.. Mummy nak masukkan resipi selepas nie..
jangan lupa rajin2 jengah blog mummy nie yerk..
Bobai..
KAMI GEMBIRA
Wassalam..






Trafic Jam.. PpppRReeetttt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...