Manggo Cheese Cake
Assalamualaikum semua dan salam ceria..
Seperti yang dijanjikan kat u olls semua di older post ---> klik sini mummy akan masukkan resipi berserta gamba cara2 nak buat Manggo cheese cake nie..
Nampak macam senang tapi memerlukan kesabaran... ada yang cakap, lebih senang beli jer kat kedai!!! tapiii.. i tell u, bila kita buat sendiri dapat menjamu suami, anak2, keluarga, rakan2 dan jiran2 (semuanya nak disebut) itu yang datangnya rasa kepuasan lebih2 lagi bila apa yang kita lakukan sedap dan menjadi.. memang best!!
Itu sebabnya mummy memang suka memasak.. bukan nak menunjuk2 tapi ingin berkongsi saja bersama rakan2 blogger.. Buat pengetahuan semua, inilah kali pertama mummy cuba membuat kek. Tanpa pengetahuan asas mummy hanya belajar melalui internate sahaja dan bertanyakan kepada My lovely sista Cik kak novelis... Alhamdulillah semuanya berjaya...SERONOK SGT!!!
Petua Memasak hanya perlu ada rasa cinta dan kasih.. percayalah mesti menjadi.. selain itu "MALU BERTANYA SESAT JALAN" rajin2lah tanya kepada yang tahu..
Okaylah dah penat berceloteh, jom skodeng cara2 dibawah...
Manggo Cheese Cake (Unbaked)
Untuk Biskut Based (Bawah)
Sediakan
100g biskut marrie
100g biskut orea
100g mentega
Sediakan loose cheese cake mould
ukuran 8"
Untuk biskut orea, keluarkan inti dalam
Menjadi begini
Patahkan biskut oreo dan marrie ke dalam pengisar kering
Kisar sehingga halus menjadi begini
Panaskan mentega sehingga cair
Gaul sebati diantara biskut yang telah dihancurkan dengan mentega.
Masukkan ke dalam loyang tekan hingga rata..
Tutup menggunakan aluminum Foil dan simpan kedalam peti ais selama 2-3 jam..
Untuk cheese cake (Tengah)
Mangga - Puri dan Dadu
Cream Cheese 250g
Whipping cream 200g
Gelatin Halil 1 1/2 sudu - dilarutkan dengan air panas 110ml
Gula Kastor - 60g
Kupas mangga untuk dijadikan Puri dan potong dadu
Sediakan
Cream cheese 250g
gula kastor 60g
Putar sehingga kembang
Masukkan whipping cream
Putar dan masukkan mangga puri dan dadu
Lastly masukkan gelatin yang telah dilarutkan
Gaul sehingga adunan sebati
Masukkan adunan kedalam loyang yang telah disejukkan tadi
Tutup sekali lagi dan masukkan ke dalam peti sejuk
kali ni biarkan selama 3-4 jam
Untuk Manggo Topping (Atas)
Manggo Puri - 1 biji
Golden syrup - 1 subu besar
Gelatin Halal 1 sudu - dilarutkan dengan 50ml air
Sediakan Mangga puri
Masukkan golden syrup dan gelatin kacau sehingga sebati
Tuangkan ke dalam cheese cake yang telah disejukkan itu.
Tutup dan simpan semula kedalam peti ais selama lebih kurang 2 jam atau topping membeku
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
tik
tok
TING!
Dah siapkan!!!
MANGGO CHEESE CAKE (UNBAKED)
Kekonon nak letak whipped cream tetiba habis plak..
last kopek..
So creammy tapi x berapa manis tau..
Nampakkan ketulan manggo tu.. Nice Texture.. I love it..
Selamat Menjamu Selera dan Selamat mencuba..
Okaylah.. sampai disini dulu yerk..
Nantikan kemunculan resipi seterusnya..
Sekian..
Boi2
Kamigembira
Wassalam..
waaa,resipi yg d cri2,..hehe,..tp kn mummy,nk tanye kset,.yg gelatin tu beli kt mne?,.ade tnde halal ek?,.sbb sy xprnh beli bnde tu ,..tu yg xtau,.hehe,.hope mummy dpt bntu,.hehe,.
ReplyDeletewasalam Cahaya mama.. saya beli di Giant jenama Nur. Ada tanda halal..
ReplyDelete